Ibu hamil boleh berpuasa? Doktor ini kongsi tip, golongan tak digalakkan

hamil
hamil
A
A
A

KURANG sebulan lagi, bulan Ramadan akan tiba. Bulan diwajibkan umat Islam menjalani ibadah puasa sebelum menyambut ketibaan Aidilfitri.

Setiap kali Ramadan menjelma, pasti ramai ibu-ibu yang sedang hamil tertanya-tanya sama ada selamat atau tidak untuk mereka berpuasa.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Justeru, seorang doktor perubatan, Dr Muhammad Izzat tampil menjelaskan, ibu hamil yang bagaimana tidak digalakkan berpuasa.

Menurutnya, secara amnya, ibu mengandung yang tak digalakkan untuk berpuasa adalah seperti berikut;

1) Ibu yang ada Gestational Diabetes Mellitus atau Diabetes Gestasi (GDM) dengan kawalan insulin.

2) Ibu yang berisiko tinggi untuk dapat darah beku (Venous thromboembolism), atau pernah kena VTE dan sedang diberikan ubat cucuk cairkan darah Clexane.

3) Ibu yang ada Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS) - ini untuk ibu yang mengandung dengan ubat kesuburan.

4) Ibu yang ada muntah-muntah teruk, tidak kira pada awal mengandung atau pada trimester lain.

5) Ibu yang ada pendarahan.

6) Ibu yang tak sihat, demam atau sedang dijangkiti Covid-19.

7) Ibu yang bayinya ada masalah tumbesaran (IUGR).

8) Ibu yang mengandung kembar.

9) Atau apa jua keadaan yang doktor fikirkan bila berpuasa boleh memudarakan kesihatan ibu.

Baca juga Mengandung lagi selepas lima hari hamil, wanita lahirkan dua bayi bukan kembar serentak

Minyak zaitun terbaik! Ini makanan tambahan sihat ibu hamil

Menerusi perkongsian di Twitter miliknya, Dr Muhammad Izzat juga memberikan beberapa tip kepada ibu hamil yang ingin berpuasa.

Katanya, untuk ibu mengandung yang boleh berpuasa setelah dinilai oleh doktor, boleh ikut beberapa tip ini;

1) Makan lebih dari dua kali antara masa berbuka dan sahur. Pilih makanan seimbang dan berkhasiat untuk elak sembelit, masalah penghadaman dan pedih hulu hati.

2) Untuk berbuka puasa juga boleh cuba amalkan ini.

  • Tiga biji tamar dan jus buah (boleh ganti dengan sup atau yogurt rendah lemak).
  • Boleh sambung dengan makanan seimbang mengandungi salad, ulam-ulaman, protein dan karbohidrat kompleks. Makanan tinggi lemak sila elakkan.

Rasulullah SAW berbuka dengan kurma

3) Jangan tinggal sahur.

4) Elak minum teh atau kopi ketika sahur. Kafien menyebabkan ibu terkencing banyak dan sekali gus senang kena dehidrasi. Nak puasa tak boleh minum air dah kan?

5) Pastikan minum air masak yang mencukupi sepanjang tempoh berbuka dan sahur.

Patutlah harga 'kayangan', ini khasiat air mineral tular jenama Evian

Baca juga Setiap warna ada maksud, ini yang ibu mengandung kena faham stiker pada buku pink

Pesan Dr Muhammad Izzat, ibu-ibu boleh dapatkan nasihat daripada doktor masing-masing.

"Jangan tanya saya sama ada anda boleh berpuasa atau tak di sosial media, masa jumpa doktor untuk check-up tu boleh tanya doktor memasing.

"Bila saya tak periksa saya tak boleh cakap anda selamat untuk berpuasa atau tak," ujarnya.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca