Ibu muda perlu tahu rupanya banyak khasiat telur sebagai sarapan

A
A
A

JIKA kita ingin memilih menu yang perlu masa singkat untuk disiapkan setiap pagi, telur boleh jadi salah satu bahan pilihan yang tepat.

Selain ia berkhasiat untuk badan, ianya boleh dimasak dengan cepat serta hanya berkos murah.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti.

"Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.

"Selain itu ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung) dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik)," katanya.

Kata beliau, jika anak-anak tiada masalah alahan, telur adalah sarapan baik yang boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.

"Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak namun jangan berlebihan," ujarnya.

Antara kebaikan lain telur terutamanya pada anak-anak:

  • Membantu kesihatan mata
  • Membantu mempercepatkan rasa kenyang dan melambatkan rasa lapar.
  • Sumber protin yang baik berbanding daging merah
  • Membantu meningkatkan kebolehan minda bagi anak-anak.
  • Memberi tenaga yang berkekalan dalam tubuh
  • Menguatkan otot jantung dan saraf

#HealthDrZubaidi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang