Ikan singgang sup imuniti, ibu kerap buat bila anak tak sihat

SINGGANG merupakan makanan mudah dan cepat disediakan, sangat sesuai ibu buat waktu anak tak sihat.

Ia tak ambil masa yang lama pun nak masak, rebus je semua bahan namun khasiatnya sangatlah tinggi untuk kuatkan imuniti anak-anak.

Dalam satu menu sahaja padat dengan khasiat yang baik untuk imuniti anak.

Maka ibu-ibu, ia wajib jadikan makanan utama bila anak-anak tidak sihat. Jika mereka tak lalu nak makan nasi, hirup kuah sup singgang itu pun boleh.

Resipinya, masuk je semua bahan seperti;

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 1 batang serai
  • Ikan
  • Air
  • Garam

Baca juga Jangan sekali-kali anggap demam satu hal yang biasa pada kanak-kanak. Silap hari bulan boleh cetus penyakit berbahaya

Cara membuatnya;

1. Terus je masak dengan api perlahan. Reneh sampai ikan masak. Siap!

Khasiat;

Khasiat singgang bergantung kepada bahan apa yang kita letak masa masak. Tak kisahla apa-apa jenis ikan semuanya boleh.

1. Ikan mempunyai omega 3 yang membantu kurangkan radang.

2. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai, semua bersifat antiradang.

3. Bawang merah mengandungi flavanols, quercetin dan kaempferol sebagai antibakteria dan antimikrob untuk lawan jangkitan kuman.

Baca juga Sinar matahari sangat baik untuk anak, doktor dedah 3 waktu ibu boleh follow

Iklan

4. Bawang putih ada allicin yang membantutkan perkembangan bakteria dan virus yang membiak dalam badan anak.

5. Halia mempunyai gingerol yang bersifat antiradang dan antioksida bantu cepatkan penyembuha anak.

Baca juga Anak demam, batuk berkahak, hingus tak hilang ikhtiar air rendaman kembang semangkuk, alternatif ubat

6. Kunyit juga ada curcumin yang juga bersifat antiradang untuk kurangkan inflamasi.

7. Lengkuas pula antioksida galangil dan alpine, inilah immune booster untuk anak.

Iklan

8. Serai bantu kurangkan pembiakan bakteria dan virus, juga boleh kurangkan bengkak, sakit dan demam.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mazliana Mazlan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.