GANDUM (Triticum spp.) atau wheat adalah merupakan satu kumpulan tanaman bijirin dari keluarga poaceae yang sama dengan kumpulan tanaman padi yang kaya karbohidrat.

Walau pun di Malaysia tidak terdapat tanaman gandum, komoditi itu adalah bahan utama dalam bentuk tepung yang digunakan makanan utama di negara ini selain daripada beras.

Baca juga: Peningkatan kos, Eco-Shop bakal naik harga RM2.40 berperingkat 1 Jun?

Makanan harian orang kita seperti kuih muih, roti dan mi kebanyakannya menggunakan tepung gandum sebagai bahan asas. Pendek kata, celik mata sahaja, hidangan berasaskan tepung jadi pilihan.

Malah pada tahun 2016, Malaysia dikatakan menggunakan gandum melebihi beras sebagai makanan asasi.

Baca juga: Harga sayur naik mendadak, boleh cuba 15 jenis sayuran kampung ini

Bagaimanapun, cuaca di negara kita tidak sesuai untuk penanaman gandum. Justeru Malaysia terpaksa mengimport 100 peratus bekalan gandum dari luar negara.

Baru-baru ini Reuters melaporkan India melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik menjejaskan hasil tanaman.

Ia juga menyebabkan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi. Sementelah gandum juga salah satu makanan ruji penduduk di sana selain beras, lentil dan ubi-ubian.

Kerajaan India menjelaskan, pihaknya masih membenarkan eksport membabitkan surat kredit sudah dikeluarkan serta atas permintaan negara yang berusaha memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka.

Sebelum penguatkuasaan larangan itu, India menyasarkan untuk mencatat rekod eksport 10 juta tan gandum, tahun ini.

Pembeli global mengharapkan negara pengeluar gandum kedua besar di dunia ini untuk bekalan gandum, selepas eksport dari wilayah Laut Hitam merudum susulan krisis pencerobohan Russia terhadap Ukraine.

Konflik dua negara pengeluar gandum iaitu Ukraine dan Rusia yang tidak berkesudahan, eksport komoditi itu turut terjejas.

Permintaan yang tinggi daripada pengeluaran berkemungkinan menyebabkan harganya meningkat.

Iklan

Adakah kita diambang krisis makanan? Harga makanan dan bekalan asas seperti gandum dan meningkat selepas dunia dilanda Covid-19 pada pertengahan 2020.

Malah Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merekodkan peningkatan harga makanan sejak Februari dan Mac lalu.

Bank Dunia meramalkan harga gandum boleh meningkat melebihi 40 peratus pada tahun ini. Bersediakah kita menghadapi krisis ini?

Pun begitu, baru-baru ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menegaskan bahawa bekalan tepung gandum dalam negara adalah mencukupi dan kekura­ngan bahan itu di pasaran hanya melibatkan jenis yang tidak bersubsidi.

Malah Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

Iklan

Justeru,penghentian eksport gandum dari India tidak menjejaskan bekalan tepung negara.

5 FAKTA GANDUM

  • Sejak zaman prasejarah, manusia sudah mengenali tanaman gandum yang merupakan sebagai sejenis tanaman biji-bijian sebagai sumber makanan lebih 8,000 tahun.
  • Menerusi kajian dan penemuan arkeologi, gandum didapati berasal dari Asia Barat seperti sekitar Laut Merah dan Laut Mediteranian atau kawasan sekitar Turki, Syria, Iraq dan Iran.
  • Bagaimana pun sejarah negara China menunjukkantanaman gandum telah berada di negara tersebut secara komersil semenjak 2,700 tahun sebelum masihi lagi.
  • Tanaman gandum disebarkan ke England dan negara-negara Eropah serta Amerika Syarikat pada kurun ke 18 sebagai tanaman peniting sehingga sekarang.
  • Gandum ditanam selama 110 hingga 130 hari bermula daripada proses menanam sehingga menuai bergantung kepada keadaan cuaca, varieti gandum, kaedah pengurusan dan jenis tanah.

Baca juga: #SiBibirMerah Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 disokong, tapi ramai risau kemungkinan harga barang naik

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI