“Ini semua kerja mafia!”- Isu pelitup muka ‘hauk’, Jovian sebenarnya tuju penjual mask tiruan

A
A
A

ISU berkaitan pelitup muka menjadi hangat akhir-akhir ini selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berura-ura menguatkuasakan peraturan pelitup muka perlu diperakui Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Malah pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan (non medical) perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd 4 Julai ini.

Pewartaan tersebut bagaimanapun ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan susulan maklum balas pengguna dan juga industri yang terlibat dalam penghasilan dan pengeluaran pelitup muka.

Baca juga: Pelitup Muka 'Non Medical' Wajib Penandaan MS SIRIM Mulai 4 Julai Ini

Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang juga pengusaha pelitup muka memberikan penjelasan mengenai hal berkaitan isu pelitup muka ‘hauk’ yang diutarakannya beberapa hari lalu.

“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka ‘hauk’ tempoh hari. Banyak yang salah faham.

“Apa yang saya maksudkan tu ialah pelitup muka Jovian tiruan yang berleluasa di pasaran. Tiada niat saya hendak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran.

Kata Jovian sudah lama pihak pengusaha pelitup muka Jovian tiruan mengambil kesempatan ke atas produk keluarannya hingga menyebabkan pengguna tertipu.

“Lebih dua tahun pelitup muka Jovian tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design, monogram, gambar promosi, nama dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna.

“Saya rasa sesuailah saya gunakan istilah ‘hauk’ itu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tiada niat untuk mengguris hati anda,” katanya.

Baca juga: Imbasan 2020: Pereka fesyen utamakan PPE berbanding tempahan baju raya

Baca juga: Anak menantu Perdana Menteri sumbang duit jualan mask, turun padang sendiri bantu golongan memerlukan

Jovian menjelaskan berkenaan isu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan (non medical) perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International, ia bukan permintaannya.

“FYI, apabila undang-undang yang dikenakan ia akan menanggung kos yang paling besar kepada kami sebagai penjual.

“Dari mana pula saya akan untung lebih? Dan saya boleh memberi jaminan kepada anda semua bahawa jenama saya bukanlah yang pertama mempunyai cop SIRIM. Banyak jenama di luar yang dah ada kelulusan SIRIM. Kita ni baru je nak apply,” katanya.

Dalam pada itu, pereka berusia 36 tahun berkenaan meluahkan rasa kecewa atas reaksi kecaman orang ramai terhadap jenamanya.

“Bulan Ramadan bulan suci ni, bukan sahaja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tidak perlu kot nak caci maki saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang business saya.

“Jenama Jovian sudah 15 tahun berada di pasaran. Ia makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain,” luah menantu Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Jovian kecewa dengan kecaman ke atasnya dan berharap isu berkenaan selesai.

“Siapa yang dah menyumpah saya, lain kali selidik dan tanya dulu.. Nevertheless saya doakan anda semua panjang umur dan bahagia dunia akhirat,” titip Jovian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

Terdahulu, suami kepada usahawan, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri itu membuat hantaran di Instagram dan meminta pengguna tidak perlu panik berkaitan pewartaan SIRIM.

Katanya ia adalah bagi membanteras pelitup muka ‘hauk’ di pasaran.

“Also no need to be panic, this law will be only be imposed from 4 Julai ke atas.

“Banyak yang tanya Jovian Mask macam mana? Tak ada skim, tak selamat dipakai Mask sangat selamat dipakai!

“Jovian Mask sangat selamat dipakai malah malah dilktiraf Medical Devive Authority (MDA) sejak tahun 2020 lagi. Gunakan tanpa was-was.

“Undang-undang SIRIM dilakukan untuk banteras pelitup muka kualiti ‘hauk’ di pasaran terutamanya yang tak ada sijil kelulusan MDA.

"So in future, whether you have MDA certs or SIRIM, baru you boleh jual mask. Pengguna pun boleh memilih dengan bijak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

Hantaran tersebut bagaimanapun menerima pelbagai kritikan dengan mengatakan perakuan SIRIM akan mengakibatkan pelitup muka naik harga dan mungkin menjejaskan golongan B40. Malah ada mengaitkan ia dengan statusnya sebagai menantu kepada Perdana Menteri.

Baca juga: Alang-alang kaya, usahawan tempah pelitup muka emas 108 gram berharga RM236,000

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca