Jangan minum air sejuk nanti perut buncit! Betul ke? Ini ulasan Dr Malar

Jangan minum air sejuk nanti perut buncit! Betul ke? Ini ulasan Dr Malar
Jangan minum air sejuk nanti perut buncit! Betul ke? Ini ulasan Dr Malar
A
A
A

Jangan minum air sejuk nanti perut buncit! Betul ke? Ini ulasan Dr Malar

CUACA panas terik sepanjang hari membuatkan cepat rasa dahaga, alangkah leganya jika dapat meneguk air sejuk yang penuh dengan ketulan ais.

Ada orang suka minum air sejuk berbanding air suam atau air panas yang mungkin kerana untuk melegakan badan akibat cuaca panas terik.

Pun begitu ramai yang mengatakan meminum air sejuk akan membuatkan perut menjadi buncit.

Selain itu, mengambil minuman sejuk juga dikatakan menyebabkan makanan berminyak membeku di dalam perut.

Namun bagi Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan, punca perut buncit sebenarnya daripada kalori makanan yang dimakan.

"Buncit perut adalah disebabkan oleh lemak. Yang kelihatan seperti mengandung lima bulan itu adalah lemak. Bukan hanya makanan berlemak, lemak itu datang daripada semua makanan atau minuman yang masuk ke dalam tubuh kita.

"Apapun makanan yang masuk ke dalam tubuh kita yang kemudian tak digunakan sebagai tenaga maksudnya tak digunakan untuk berjalan, bercakap, bernafas, kita tak gunakan makanan itu sebagai sumber tenaga.

"Maksudnya juga kita terlebih makan, kita makan 5000 kalori namun kita gunakan hanya 1000 kalori sahaja jadinya baki 4000 kalori itu akan bertukar menjadi lemak.

"Lemak itu pula biasa akan disimpan di bahagian perut atau dalam bahasa perubatan abdomen. Di belakang hati, depan perut, belakang atau depan usus, di bahagian peha, tangan dan sebagainya.

Baca juga Jangan bawa pulang penyakit ke kampung halaman. Pesanan padu Dr Malar yang perlu kita ambil berat

Waktu terbaik minum air kosong yang anda mungkin tidak tahu.

"Jadi ingat, lemak datangnya daripada lebihan kalori makanan yang kita makan dan makanan yang badan kita bakar. Beza tersebut yang bertukar menjadi lemak dalam tubuh kita.

"Setiap kali terlebih makan 7700 kcal akan ditukar menjadi 1kg lemak dan disimpan dalam tubuh kita.

Jadi betul ke air sejuk akan menjadikan perut buncit?

Jelas Dr Malar, air sejuk merupakan satu jenis minuman yang kosong kalori.

"Ingat ya! Jadi tak kisahlah ia air panas, suam atau sejuk, ia tidak ditukar menjadi lemak. Ia tak ada tenaga atau kalori.

"Kalau anda minum air sejuk bergalen-galen, makan cukup-cukup dan berkerja di sawah, ladang getah mahupun nelayan, makan tak akan ada lebihan kalori. Tak kisah minum air sejuk tak buncitkan perut.

"Tetapi kalau kita makan lebihan kalori, tak kisahlah kalau kita minum air panas menggelegak pun, adanya kalori berlebihan dan akan membentuk lemak yang akan disimpan di perut dan terjadinya buncit," ujarnya.

Baca juga Undangan rumah terbuka Aidilfitri sana sini, ini adab wajib diamalkan ibu bapa didik anak-anak

Ulas Dr Malar, jadi ia bukan masalah air sejuk, yang salah adalah makanan, kalori dan lebih makan.

"Kalau orang nak minum air sejuk pada musim panas lit-lit ni, bagilah dia minum yang penting air putih, kosong dan transparen, tak kisahlah panas, sejuk mahupun suam, asalkan minum sangat membantu pada musim panas ni.

"Maka minumlah air kosong apa-apa temperature yang anda mahukan, jangan risau tak akan buncit perut meminum air tersebut," katanya.

Justeru, tidak kira sama ada air suam atau sejuk, meminum air adalah baik untuk kesihatan kita.

Apa yang penting adalah untuk kita sentiasa kekal hidrat! Untuk menjawab mana satu suhu air yang lebih baik, ia sebenarnya terpulang kepada pilihan sendiri kerana mana-mana suhu yang menggalakkan kita untuk minum lebih banyak air itulah yang sepatutnya menjadi pilihan kita.

Sumber: Facebook Dr Malar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca