Antara 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA ditipu agensi, wanita kongsi pengalaman

A
A
A

SERAMAI 380 orang jemaah terkandas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai mangsa penipuan agensi pelancongan. Wanita ini berkongsi pengalaman.

Bakal jemaah yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan haj itu menggunakan visa furada.

Furada ialah visa haji yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur secara terus kepada jemaah haji yang terpilih. Visa khas yang tidak dikeluarkan melalui pengurusan Lembaga Tabung Haji Malaysia (TH).

Lebih menyedihkan wang yang dibayar kepada agensi berkenaan bukan sedikit, RM38,000 seorang bagi pakej berkenaan. Bakal jemaah juga tidak pernah ditunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.

Baca juga: Syahdunya bersolat, berdoa di bumi Arafah- Tabung Haji usik kenangan, warga maya luah rindu

Kredit foto: BERNAMA

Seorang lagi jemaah yang dikenali sebagai Jamilah, 59, berkata beliau reda dengan apa yang berlaku kepada dirinya dan suami, sambil menyifatkan is sebagai ujian daripada Allah.

"Sehingga ke saat ini kami masih tidak mendapat pasport kami lagi kerana is masih dipegang oleh pihak agensi pelancongan,' katanya yang datang dari Terengganu dan telah membayar RM76,000 kepada agensi pelancongan untuk menunaikan haji bersama suaminya.

Jamilah berkata kakitangan agensi pelancongan itu ada hadir bertemu dengan kumpulan terbabit namun mereka tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai masalah itu.

Baca juga: Bawa anak ke cawangan berdekatan, tukar segera akaun Tabung Haji anak capai umur 18 sebelum 1 Mei

Tidak dapat membayangkan betapa peritnya apabila perancangan dan harapan 380 orang bakal jemaah untuk menjadi duyufurrahman berkecai.

Warga maya meluahkan simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat, mendoakan agar dipermudah urusan.

-“Sedihnya Ya ALLAH. Berwaspadalah dengan visa furada. Jangan pula kita kata mereka ini tidak dijemput ALLAH (dengan anggapan yang tidak baik). Semoga ALLAH angkat darjat kerana kesabaran mereka. Dan semoga bila diberi rezeki untuk menunaikan haji, ALLAH memberikan mereka haji yang mabrur. Moga ALLAH berkati hidup makcik pakcik ini.”

-“Masya-ALLAH, niat untuk mengerjakan ibadah haji tidak kesampaian oleh kerana dianiaya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Sabar pak cik/mak cik insya-ALLAH mungkin ada hikmah dan sesuatu yang ALLAH ingin kurniakan pada kalian. Jangan lupa buat laporan polis dan dakwa mereka ini di mahkamah agar tiada lagi yang akan menerima nasib yang sama selepas ini.”

-“Tak ada rezeki. Jadikan pengajaran untuk semua. Zaman sekarang amanah dah tak dijaga.”

-“Ya ALLAH kau tunjuk kami jalan yang lurus.”

-“Sedih, urusan agama dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri.”

Baca juga: Penjaga kubur menabung berpuluh tahun untuk tunai haji dengan isteri

Gambar hiasan

Jadikan apa yang terjadi ini sebagai pengajaran. Pada masa hadapan diingatkan agar semua supaya lebih berhati-hati sebelum berurusan dengan mana-mana pihak yang menawarkan visa ‘furada’ untuk pakej haji.

Jemaah haji Malaysia yang mendapat visa furada perlu menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang mempunyai lesen dengan TH.

Tabung Haji telah melantik 22 syarikat berperanan sebagai PJH berlesen untuk mengurus segala perjalanan haji para jemaah.

Individu atau agensi yang menawarkan pakej haji boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Baca juga: Doalah banyak-banyak hari ini, moga dikabulkan segala permintaan kita pada hari Arafah ini

Sumber: BERNAMA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca