PADA musim wabak Covid-19 yang kembali mengganas ini, perkara utama yang perlu dilakukan orang ramai adalah terus kekal berada di rumah.

Bagaimanapun sudah tentu terperap di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti boleh mengundang rasa bosan terutamanya kepada anak-anak.

Jadi, ini beberapa aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan di rumah bersama mereka ketika perintah Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau total lockdown yang dilaksanakan oleh kerajaan pada 1 hingga 14 Jun bagi membendung wabak Covid-19 ini.

1. Buat jadual waktu aktiviti

Bincang dengan ahli keluarga apa aktiviti yang hendak dilakukan di rumah, buat jadual waktu beserta tugasan dan tanggungjawab supaya tidak membuang masa dan terasa bosan.

Biarpun duduk rumah tapi masih perlu berstruktur supaya ada aktiviti penting tidak terganggu terutama jika bekerja dari rumah.

2. Spring Cleaning

Dulu alasan sibuk sering digunakan untuk tidak membersihkan rumah dan kawasan sekitarnya. Ini masanya untuk buat senarai apa yang diperlukan dan apa yang boleh disedekahkan atau dibuang. Untuk rezeki baru masuk ke dalam rumah, terlebih dahulu rumah perlu dilapangkan.

3. Aktiviti psikologi bersama pasangan anak-anak

Bagi yang berkeluarga, inilah masanya untuk berbincang, berborak, bercerita, bermesra, bermain, mengambil tahu hal berkaitan anak-anak dan pasangan.

Perkara yang lebih penting berkaitan kewangan keluarga, pendidikan, keagamaan dan pelbagai lagi topik yang dianggap penting untuk dibincangkan.

Masa untuk alihkan perhatian anak daripada gajet kepada korang (ibu bapa). Biar mereka bermain menggunakan imaginasi bukan dengan gajet. Terangkan dengan jelas kepada anak-anak apa yang sedang berlaku.

Bulan Rejab
TUNAIKAN solat berjemaah menggandakan pahala berbanding kita mengerjakan solat secara bersendirian.

4. Solat berjemaah, aktiviti keagamaan, spiritual bersama

Jika sebelum ini kebanyakan keluar pagi dan pulang malam mencari rezeki, aktiviti keagamaan atau spiritual jarang dapat dilakukan bersama.

Bila lagi nak tunjukkan skil menjadi imam pada anak dan isteri, tak kan nak jadi makmum di surau dan masjid je kan. Selain itu, ini adalah masa terbaik untuk muhasabah diri serta memohon keampunan dan taubat dari ALLAH.

5. Menyusun semula kewangan diri dan keluarga

Inilah masa terbaik untuk mengambil tahu secara terperinci kedudukan kewangan diri atau keluarga. Bawalah berbincang bersama pasangan untuk mencari maklumat lengkap kewangan korang. Senaraikan strategi yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan kewangan diri dan keluarga (beri keutamaan kepada bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan korang cara melangsaikan hutang dan menambah harta dengan cepat)

Kasihan tengok suami, anak makan nasi bungkus, 8 cara masak mudah bagi ibu berkerjaya

6. Buat kerja rumah, masak dan makan bersama

Libatkan semua ahli keluarga, kalau di rumah bujang semua penyewa rumah untuk buat kerja rumah, masak dan makan bersama.

Latihan ini adalah untuk membentuk sahsiah diri supaya ada perasaan rendah diri terutama anak-anak, ajar anak bagaimana nak cuci tandas dan longkang di sekeliling rumah jika ada.

7. Jana pendapatan dari rumah

Selama ini mungkin pernah terfikir untuk menambah pendapatan sampingan mahupun ingin memulakan sesuatu pernigaan dari rumah.

Inilah masa yang sesuai untuk memulakan usaha tersebut.

Lakukan kajian, soroti pasaran dan dapatkan pandangan atau panduan daripada orang yang telah berjaya.

8. Merapatkan silaturahim.

Hari ini kita didukung dengan pelbagai teknologi komunikasi yang serba canggih. Tiada isu untuk berhubung dengan rakan taulan serta sahabat handai.

Ada aplikasi WhatsApp, Facetime, Telegram dan sebagainya. Hubungi mereka dan bertanya khabar, catch up dengan mereka.

9. Tambah ilmu dan kemahiran

Hari ini kita boleh dapat pelbagai ilmu pengetahuan dari pelbagai bidang melalui buku, ebook, video, e-learning dan pelbagai lagi  platform dalam talian.

Semuanya boleh diperolehi hanya di hujung jari kita. Ada yang percuma dan yang berbayar. Ilmu-ilmu ini boleh digunakan atau diimplementasikan setelah tamatnya tempoh kawalan pergerakan ini kelak. Siapa yang lebih bersedia maka lebih manfaat baginya.

Iklan

10. Bekerja dari rumah

Ada syarikat yang membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah. Buat jadual supaya boleh mengimbangi antara waktu kerja dengan waktu bersama keluarga.

Kunci diri dalam bilik supaya tidak diganggu. Ikut jadual yang telah dibuat.

11. Ikuti perkembangan Covid-19

Hadkan masa di socmed, ikuti saluran yang sah sahaja. Jangan terlalu obses sehingga tidak dapat buat kerja lain semasa di rumah.

Ikuti arahan pihak berwajib dari masa ke semasa. Elak dari menyebarkan berita yang tidak sahih dan menjadi keyboard warrior atau mempunyai sikap ‘holier than thou’ atau berlagak lebih suci dari orang lain di socmed.

diet
SENAMAN secara konsisten juga membantu menurunkan berat dengan cepat dan sihat.

12. Senaman ringkas

Jangan banyak tidur. Lakukan senaman ringkas setiap tiga jam selama 10 minit. Ini bagi memastikan kita kekal cergas dan sihat.

Pantau makan, elak dari terlalu kerap memesan makanan di kedai. Masak makan sendiri lebih jimat dan menyihatkan.

Baca juga Ini 10 movie pandemik yang best! Boleh layan masa tempoh ‘lockdown’

13. Manfaatkan socmed

Iklan

Tambah kenalan atau personaliti tertentu di socmed terutama yang berkongsi ilmu pengetahuan. Pelajari sesuatu dari mereka.

Manfaatkan kegunaan socmed dengan lebih berkesan. Hadkan masa di socmed, ikuti individu atau personaliti yang berfaedah sahaja.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan di rumah, ini hanya secebis ringkasan dikongsikan. Diharap ianya dapat membantu mengatasi kebosanan semasa berada di rumah dalam tempoh total lockdown ini.

Sentiasa berjaga-jaga dan pastikan sentiasa sihat untuk diri dan keluarga.

Sumber: urusinsan