SETIAP ibu bapa sangat berperanan penting dalam memberi didikan sempurna kepada anak-anak.

Lebih-lebih lagi seorang ayah. Walaupun sibuk mencari rezeki untuk keluarga, ayah juga berperanan besar dalam perkembangan anak.

Malah, bapa juga mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada ibu dalam melatih anak menyelusuri kehidupan ke alam remaja.

Oleh itu, ayah haruslah melibatkan diri dalam mengasuh anak-anak seperti ibu-ibu juga.

Begitu juga dengan perkongsian doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal berkaitan bagaimana menjadi ayah yang terbaik bermula ketika anak masih kecil.

Katanya, tip ini dikongsikan oleh sahabatnya yang mempunyai anak kembar.

Menurutnya, rakannya itu pernah bertanyakan kepadanya “Kau nak jadi ayah yang terbaik masa anak dah besar atau sekarang?”

Jika ya, ini empat tip yang dikongsikan. Semoga bermanfaat buat bapa-bapa muda ya!

1) Suami mula libatkan diri sejak isteri mengandung

  • Berbincang dengan isteri tentang harapan dan impian untuk anak yang bakal dilahirkan.
  • Rancang dengan teliti supaya dapat berada dengan isteri ketika dia bersalin.

2) Mahirkan diri dengan 1 skil menjaga bayi

Iklan
  • Boleh jadi, kita jadi ayah yang pandai mandikan bayi, pandai buatkan susu atau pandai tidurkan bayi.

3) ‘Make Time’ atau luang masa dengan anak

  • Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak akan buat dirinya rasa tak disayangi.
  • Paling sedih, bila anak anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.
  • Anak kecil tak mungkin faham waktu kerja ayah yang panjang dan memenatkan. Ia bukan perkara yang mereka boleh lihat atau sentuh.
  • Yang mereka faham bila ayah mereka datang menyentuh lembut, memandang mata dan main bersama.

Baca juga Proton Wira dan Yamaha LC mendahului carta kes kecurian paling banyak 2020

Iklan

4) Bantu isteri buat kerja di rumah

  • Kerja isteri di rumah tersangatlah banyak, peluklah isteri tu sekali sekala dan minta isteri ceritakan masalah sebenar. Minta dia ceritakan pada kita terus dari hatinya.
  • Emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup itu suami tak pedulikan.
  • Nanti di hujung-hujung barulah isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan kita untuk uruskan rumahtangga.

Jaga isteri baik-baik, nanti dia akan jaga anak kita sepenuh hati.