BILA anak ditimpa sakit seperti demam, batuk atau selsema, perkara yang merunsingkan ramai ibu bapa adalah tentang ubat.

Manakan tidak, hampir semua kanak-kanak menolak untuk makan ubat. Ada yang dengar sahaja ubat terus menangis seperti kena pukul.

Ibu ayah pula dalam dilema, jika tak beri si anak ubat bimbang sakit melarat pula.

Nak atau tidak terpaksalah paksa anak ibarat ‘berperang’. Macam-macam strategi digunakan, ada yang tutup mulut dan hidung, pegang kuat-kuat kaki tangan dan sebagainya.

Lagi teruk, dah puas ‘berperang’ nak masukkan ubat, tiba-tiba dimuntahkannya balik. Memang mencabar!

Jadi, bagi ibu bapa yang tahu bagaimana cara yang betul untuk memberikan anak ubat, ikut strategi Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad ini.

1. Jangan memaksa anak.

Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah.

Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang.

2. Berikan ubat yang perlu saja.

Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus.

Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat mengurangkan selsema. Ini memudahkan tugas ibu bapa memberikan ubat untuk anak.

3. Berikan ubat dalam jumlah yang sedikit demi sedikit dengan menggunakan syringe (picagari).

Mungkin setiap kali berikan satu ml. Ambil sedikit masa untuk anak menghabiskan 5ml ubat.

4. Campurkan dengan madu.

Bagi anak yang berusia dua tahun ke atas, berikan ubat dan campurkan sedikit madu bagi membantu mengurangkan rasa pahit ubat yang bakal ditelan.

Jika susah beri anak makan ubat, ibu bapa boleh guna 8 strategi ini

Iklan

5. Berikan anak air yang mencukupi beberapa jam sebelum ubat diberikan.

Anak yang mengalami dehidrasi selalunya lidah mereka lebih sensitif dan lebih mudah menolak ubat yang rasanya pahit.

6. Masukkan ubat dari tepi lidah supaya anak tidak mudah tercekik sepertimana kita memberikan ubat terus ke tengah lidah.

7. Ada beberapa ubat yang diformulasikan sebagai suppositories (ubat masuk punggung) terutamanya ubat demam.

Boleh gunakan dengan meletakkan sedikit minyak bagi memudahkan masuk ke dalam punggung.

Iklan

Baca juga Anak lambat bercakap, doktor ini kongsi apa ibu bapa perlu buat

8. Tunjukkan kasih sayang ketika memberikan ubat pada anak, kerana pada masa itu anak-anak mahu rasa selamat, dilindungi dan disayangi.

Memarahi anak bukan cara terbaik memujuk anak memakan ubat.

Jadi, bolehlah korang mengubah cara bagi anak makan ubat ikut strategi di atas.

Semoga bermanfaat.