Kain putih terperuk lama dalam almari bertukar kuning, ini cara hilangkan jadi macam baru. Hanya guna 4 bahan
KAIN atau fabrik putih, sama ada seluar mahupun blaus memang menjadi trend terkini. Selain itu fabrik putih juga digunakan sebagai pakaian seragam seperti murid sekolah, jururawat serta kemasan rumah. Contohnya cadar, alas meja atau langsir.
Cantik dipandang, namun ramai pening kepala memikirkan cara agar warnanya kekal putih selepas disimpan lama di dalam almari.
Kesan ITU BUKAN SAHAJA menjadikan fabrik putih kelihatan comot, ia juga tampak tidak berseri lagi.
Namun kini tidak perlu risau. Ikuti petua dan cara yang dikongsikan TikToker Jason Jenzi ini.
Hanya menggunakan empat bahan dan sabun cecair, fabrik putih yang lusuh kekuningan kembali berseri seakan baru.
Baca juga: Pintu peti sejuk tak rapat rupanya getah expired. Ini DIY mudah & murah, boleh jimat beribu ringgit!
DIY HILANGKAN KESAN KUNING PADA PAKAIAN PUTIH DISIMPAN LAMA
Bahan-bahan
Ubat gigi (anggaran 1 sudu besar)
Baking soda (anggaran 1 sudu besar)
Cuka (anggaran 1 sudu besar)
Air panas (kira-kira 2 cawan)
Sabun pencuci pakaian cecair
Langkah-langkah
1-Masukkan ubat gigi, baking soda dan cuka di bahagian tengah besen.
2-Segera tuangkan air panas.
3-Kacau menggunakan alat pemukul telur agar semua bahan sebati sehingga ia membentuk larutan.
4-Tuangkan pula sabun cecair secukupnya.
5-Rendam pakaian putih anda di dalam larutan di atas selama 30 minit.
6-Kemudian bilas dengan air paip seperti biasa.
7-Perah dan jemur di bawah pancaran matahari.
Selamat mencuba!
Baca juga:Hanya guna sabun murah ini putihkan baju sekolah lusuh, hasilnya buat ibu tersenyum
TIP PAKAIAN PUTIH KEKAL BERSERI
Mengekalkan warna putih pada pakaian putih memang mencabar ya. Apa kata anda ikuti lima tip yang disarankan ini:
a)Asingkan pakaian putih dengan yang berwarna semasa membasuh.
b)Elakkan membasuh melebihi had kuantiti mesin basuh anda.
c)Gunakan air suam atau air panas.
d)Masukkan baking soda di dalam air basuhan.
e)Keringkan pakaian di luar rumah.
AWAS!
Dalam melakukan kerja mencuci dan membasmi kekotoran, SinarPlus ingin mengingatkan agar anda berhati-hati terutama ketika mencampurkan bahan peluntur (bleach) dengan bahan pencuci lain (stain remover) kerana ia boleh menghasilkan gas beracun yang membahayakan.
Elakkan mencampurkan bahan-bahan seperti berikut:
- Cacair peluntur + amonia = gas kloramin
Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.
- Cecair peluntur + cuka = gas klorin
Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah dan juga kematian.
- Cecair peluntur + alkohol = gas kloroform
Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening dan pengsan.
Baca juga: 7 cara mudah hilangkan kotoran pada baju putih. Cara nombor 6 wajib cuba, paling rare
Sumber: Jason Jenzi, Tide, Public Health Malaysia
Kredit foto utama: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang