Kecoh troll Nilai 3 milik Selangor, MB pun turut jenaka. Jom tinjau apa yang best di Nilai 3

A
A
A

KECOH di laman sosial apabila warganet sana sini membuat 'troll' berkenaan Nilai 3 terletak di Selangor bukannya di Negeri Sembilan.

Sinikal itu timbul gara-gara usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) dan suaminya, PU Riz (Mohammad Haris Mohd Ismail) tidak didakwa atas kesalahan merentas negeri ke Nilai 3 pada awal bulan ini.

Sebaliknya, pertuduhan terhadap pasangan tersebut hanya membabitkan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mereka dikesan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka ketika berkunjung ke sebuah kedai karpet di pusat beli-belah Nilai 3, Negeri Sembilan pada 2 Mei lalu.

Isu tersebut telah membangkitkan pelbagai sindiran netizen yang mengatakan Nilai 3 seolah-olah sudah 'berpindah' ke negeri Selangor. Bukan lagi terletak di Negeri Sembilan.

Situasi tersebut turut mengundang reaksi Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang membuat ciapan mengusik MB Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengenai Nilai 3.

Menerusi ciapannya Aminuddin menulis: "Berapa harga nak beli Nilai 3 ya?"

Kemudian, dibalas Amirudin ringkas: "hahaha kena bincang dengan juru nilai".

Aminuddin membalas lagi: "Kejap, saya ukur Nilai 3." Kata-kata beliau mendapat respon individu lain yang menawarkan perkhidmatan ukur tanah, sambil menulis, "Janganlah jual Nilai 3 Datuk".

Pun begitu, Aminuddin menyatakan ciapan berkenaan sekadar gurauan.

Rentetan 'perbalahan' Nilai 3 milik Selangor atau Negeri Sembilan pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook yang disyaki menyebarkan berita palsu menimbulkan kegentaran awam mengenai isu Nilai 3 terletak di negeri Selangor.

Kecoh troll Nilai 3 milik Selangor, MB pun turut jenaka. Jom tinjau apa yang best di Nilai 3

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pemilik akaun dikenali N9 RADAR itu akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pemilik akaun terbabit memuat naik status 'Nilai 3 terletak di negeri Selangor'.

"Kita menegaskan bahawa Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, pihaknya sudah mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung isu pergerakan rentas negeri membabitkan Neelofa dan PU Riz sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

INFO Nilai 3

1. Kedudukan daerah Nilai sangat strategik berbanding daerah atau perbandaran lain di Negeri Sembilan. Jika dilihat lokasi dalam Google Maps, kedudukan geografi Nilai ‘beruntung’ kerana dikelilingi pelbagai mercu tanda utama seperti ibu kota, pantai, pusat pentadbiran negara, ibu negeri dan alam semula jadi.

2. Nilai 3 berada di dalam Negeri Sembilan dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai.

3. Nilai 3 merupakan tempat menarik di Nilai yang sinonim dengan aktiviti membeli-belah.

4. Setiap hari, Nilai 3 menjadi tumpuan pengunjung. Kalau korang datang pada hujung minggu, Nilai 3 sesak dengan orang ramai. Apatah lagi, menjelang musim perayaan.

Antara barangan ditawarkan di Nilai 3:

Karpet

Kalau korang mencari karpet berkualiti pada harga yang murah, Nilai 3 adalah tempatnya. Terdapat banyak kedai permaidani di sana dan paling popular ialah Karpet Prima.

  • Langsir

Terdapat banyak kedai menjual kain langsir di Nilai 3 termasuk yang sudah siap dijahit. Paling menarik korang boleh menempah langsir yang siap dalam masa satu jam pada kdar upah yang murah. Bukan sahaja langsir, aksesori seperti rod dan pengikat langsir juga ada di sana.

  • Perabot kayu jati

Kalau mencari perabot diperbuat daripada kayu jati dengan desain bharu pada harga murah, sila ke Nilai 3.

  • Barang permainan

Di Nilai 3 terdapat banyak kedai alat permainan.

  • Pakaian

Korang mencari pakaian rekaan up to date pada harga murah? Ada banyak kedai pakaian dan kain ela di Nilai 3.

Kecoh troll Nilai 3 milik Selangor, MB pun turut jenaka. Jom tinjau apa yang best di Nilai 3

  • Barangan pengantin

Nilai 3 juga menjadi tumpuan untuk mendapatkan barangan pengantin. Korang pasti rambang mata apabila masuk ke kedai tersebut. Cantik dan murah.

  • Barang kelengkapan dapur

Korang mencari periuk, kuali, dapur, alas meja, sudu, dan sebagainya? Di Nilai 3 ada banyak kedai yang menjual barang kelengkapan dapur. Salah satu yang terkenal ialah Saka.

  • Lampu

Di Nilai 3 juga ada banyak yang menjual lampu pelbagai rekaan, bentuk dan warna pada harga berpatutan.

  • Bunga hiasan

Golongan wanita pastinya sukakan bunga hiasan. Korang pasti tak tahu nak pilih yang mana satu apabila masuk ke kedai bunga hiasan yang ada di sana.

Baca juga Shopping limit 2 jam, rancang senarai barang sebelum keluar rumah. Spa, salun kuku tidak dibenarkan

  • Cermin

Bagi yang mencari cermin untuk diletakkan di dinding rumah sebagai hiasan? Nilai 3 'lubuk' ideal.

  • Barangan basah

Tahukah korang, di Nilai 3 juga terdapat pasar basah yang menjual barang dapur seperti bawang, santan kelapa, kunyit dan sebagainya.

  • Aksesori kereta

Jangan ingat kat Nilai 3 ada barang untuk kaum Hawa sahaja, produk untuk lelaki pun ada. Nak cari barang aksesori kereta? Boleh cuci mata di Nilai 3.

  • Port makan

Selepas berjalan-jalan cuci mata sambil membeli-belah, pastinya akan berasa lapar dan dahaga, betul tak? Tak perlu risau kerana di Nilai 3 terdapat banyak gerai makanan. Nak makan laksa, mee sup, nasi lemak, atau makanan goreng panas-panas? Semuanya ada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca