Kegunaan lain tepung jagung yang anda perlu tahu

IMG-20200515-WA0004
IMG-20200515-WA0004
A
A
A

BIASANYA tepung jagung ditambahkan dalam masakan untuk memekatkan kuah. Ini antara kegunaan lain tepung jagung yang anda perlu ambil tahu.

1. Menghilangkan bau

Tepung jagung boleh menghilangkan bau busuk kasut anda. Caranya taburkan serbuk tepung jagung dan ia mampu menyerap bau busuk kasut tersebut.

2. Menghilangkan kotoran fabrik

Anda ada kotoran pada fabrik? Tak kiralah baju, seluar atau apa-apa jenis kain, sekiranya kotor dengan dakwat, darah atau kesan terbakar sterika boleh dihilangkan. Caranya guna campuran tepung jagung dan air untuk membersihkannya.

3. Menghilangkan bau hancing

Jika anda ada haiwan di rumah ini cara hilangkan bau hancing. Caranya bersihkan sisa najis haiwan dengan tepung jagung dan air kemudian biarkan ia kering. Setelah itu baru cuci dengan air bersih.

4. Mengilatkan perkakas masakan

Semasa mencuci perkakas masakan, campurkan sedikit tepung jagung pada sabun. Ia mampu mengilatkan perkakas masakan anda.

Ini antara kegunaan tepung jagung yang mampu memudahkan lagi aktiviti anda di rumah, selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: keluarga.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang