BARU-BARU ini pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon Kategori 2 i-Sinar telah mendapat berita gembira apabila Menteri Kewangan, Datuk Seri

Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan pemansuhkan syarat permohonan.

Nampaknya, kali ini mereka turut mendapat kegembiraan berganda apabila kelulusan dan status bayaran boleh disemak bermula 8 Mac ini.

Menerusi satu kenyataan, KWSP mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

“Ini termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

“KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari lalu melibatkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online,” katanya.

"Scammer tengah aim, jauhi skim cepat kaya tak masuk akal" - Pesanan padu buat pengeluar akaun 1 KWSP
Hati-hati dengan penipuan scammer.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti di bawah:

a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka.

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Menurut kenyataan itu, pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan pada bulan lepas akan dihentikan.

Selain itu, KWSP turut menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan, untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.

Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

Sehingga kini, sejumlah RM18.5 bilion telah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak permohonan dibuka pada bulan Disember 2020, memanfaatkan 3.3 juta ahli.

Pencarum KWSP kategori 1 layak dapat kelulusan automatik tapi perlu mohon online

Ini situasi semasa permohonan;

A) Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021:

  • Telah menerima bayaran interim RM1,000
  • Status permohonan: Sedang diproses

Permohonan akan diberi kelulusan dan status bayaran boleh disemak bermula 8 Mac 2021.

Tiada bayaran interim bagi ahli yang belum menerima bayaran tersebut. Ahli akan terus menerima pembayaran pertama.

B) Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021:

Iklan
  • Tidak menerima bayaran interim RM1,000
  • Status permohonan: Dokumen sokongan diperlukan

Permohonan akan diberi kelulusan dan status bayaran boleh disemak bermula 8 Mac 2021.

C) Ahli belum membuat permohonan

  • Permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac 2021.

Permohonan akan diberi kelulusan.

D) Baki Akaun 1 kurang dari RM150 dan Ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas

Tidak layak memohon Kemudahan i-Sinar.

Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 2 bagi ahli yang terjejas pemotongan 30% pendapatan

Artikel berkaitan: Tanpa dokumen sokongan, i-Sinar Kategori 2 tidak akan diproses

Iklan

Artikel berkaitan: Pembayaran interim RM1,000 pemohon Kategori 2 i-Sinar sudah bermula

Artikel berkaitan: Pemohon i-Sinar akan diluluskan secara automatik

Bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas, mereka boleh mengeluarkan apa-apa amaun di bawah Pengeluaran Umur 55 Tahun.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh hubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 dan Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman web www.kwsp.gov.my.

Terdahulu, KWSP memaklumkan pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020. Hujung Januari lalu, semua pemohon i-Sinar Kategori 2 turut diberikan bayaran interim sebanyak RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon. Namun pada 8 Februari, kerajaan mengumumkan KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif tersebut setelah mengambil kira maklum balas pihak awam.

Tahniah kepada semua yang membuat permohonan, gunakan sehabis baik wang korang!