Kemalangan ragut nyawa 3 anak dan ibu parah, ini kronologi kejadian

Kemalangan ragut nyawa 3 anak dan ibu parah, ini kronologi kejadian
Kemalangan ragut nyawa 3 anak dan ibu parah, ini kronologi kejadian
A
A
A

NEGARA sekali lagi digemparkan dengan kemalangan tragis melibatkan tiga beradik lelaki maut dan ibu cedera parah.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekrasi Gunung Lang, dekat Ipoh, Perak, pada 16 Disember lalu.

Media tempatan melaporkan, kereta Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, terbabas dan melanggar belakang sebuah lori kontena di laluan kecemasan.

Berikutan insiden itu, Nur Aimi Nadiah dilaporkan mengalami cedera parah dan ketiga-tiga anak lelakinya, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy berusia setahun meninggal dunia.

16 Disember

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superintenden Mohamed Nordin Abdullah, insiden tersebut berlaku pada pukul 3.50 petang dan mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Pulau Pinang.

Katanya, sebelum itu, kemalangan pertama berlaku di antara dua treler di lorong kiri jalan yang membabitkan kes langgar belakang. Sebuah lori kontena membawa muatan barangan elektronik dari Shah Alam, Selangor ke Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan baja sawit dari Klang ke Bagan Serai dan telah masuk ke lorong kecemasan.

Menurutnya, pihak PLUS yang datang meronda di lokasi kemalangan memberi bantuan serta kawalan lalu-lintas dan tiba-tiba datang Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah dari arah sama di lorong kanan lalu hilang kawalan dan berpusing melanggar di belakang lori kontena berkenaan.

Katanya lagi, susulan kemalangan itu, keempat-empat mangsa tersepit dan tiga beradik itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala si ibu yang parah telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi rawatan selanjutnya manakala dua pemandu lori tersebut tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

17 Disember

Suasana pilu di Jabatan Forensik HRPB apabila keluarga mangsa hadir bagi menunggu proses bedah siasat ketiga-tiga jenazah bermula jam 2 petang.

Bapa mangsa, Muhammad Alhafis Mohamad, 29, yang tiba kelihatan lemah sebelum ditenangkan ahli keluarga dan dipapah ke perkarangan jabatan forensik.

Ketiga-tiga jenazah dimandi dan dikafankan sebelum disolatkan di perkarangan Jabatan Forensik HRPB.

Jenazah tiba di rumah datuk di Taman Seri Jati, Batu Berendam jam 10 malam untuk disembahyangkan.

Kemudian jenazah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil, Adly Zahari serta ahli keluarga.

Manakala ibunya, Nur Aimi Nadiah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB.

Baca juga [VIDEO]Gadis Malaysia petah berbahasa Arab sedang ‘berdebat’, rupanya ini yang berlaku

18 Disember

Nur Aimi Nadiah 'ditidurkan' sementara menunggu keadaannya stabil bagi membolehkan pembedahan dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, ia berikutan kecederaan dalaman dialami Nur Aimi Nadiah termasuk pendarahan di bahagian hati membuatkannya kini perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan.

Katanya, Nur Aimi Nadiah masih tidak sedarkan diri dan keadaannya kini dipantau rapi oleh pasukan perubatan. Pembedahan ke atasnya hanya akan dilakukan selepas keadaannya dipastikan benar-benar stabil.

Manakala, Muhammad Alhafis akui isteri belum sedarkan diri dan belum mengetahui mengenai nasib yang menimpa ketiga-tiga anak mereka.

Muhammad Alhafis turut ingin merahsiakan kematian anaknya daripada isteri tercinta namun akan tunggu masa yang sesuai untuk beritahu mengenai kematian anak-anak.

Katanya, seboleh-bolehnya tidak mahu beritahu dulu buat masa ini.

Selain itu, Muhammad Alhafis turut menafikan dakwaan mengatakan isterinya pulang ke Melaka atas urusan mahkamah bagi menyelesaikan urusan peribadi mereka, tetapi sebaliknya untuk bercuti.

Menurutnya, isterinya memang sedang bercuti dan berjumpa dengannya yang tinggal dan bekerja di Melaka atas urusan keluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca