IBU bapa kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari menerima kunjungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dalam sekeping gambar, Fadhlina menyerahkan bayaran tuntutan Takaful Malaysia bernilai RM5,500 kepada Ismanira.

“Ziarah cakna keluarga arwah Zayn Rayyan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Menteri Pendidikan.”

Zayn Rayyan adalah murid Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (2) (SKDD2).

Dalam perkembangan terkini, berikut info berkaitan kes pembunuhan tragis kanak-kanak itu.

1-Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai melakukan ‘lakonan semula’ (reconstruct) di sekitar Apartmen Idaman, Damansara Damai, berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan.

2-Lakonan semula itu dilakukan oleh Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman bermula sejak pagi Khamis dan selesai pada sekitar jam 3.30 petang semalam.

3-Difahamkan, dua saksi kanak-kanak berkenaan merupakan rakan mangsa yang masing-masing berusia enam dan sembilan tahun.

4-Kedua-dua saksi kanak-kanak tersebut dikesan menerusi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran di apartment berkenaan baru-baru ini.

Baca juga: ‘Happy sangat abang waktu ni,’ ibu kongsi detik terakhir keluar bersama Zayn Rayyan sehari sebelum hilang runtun hati ramai

Baca juga: ‘Zayn Rayyan anak kandung kami, saya tak pernah kahwin lain.’ Ibu minta hentikan sebar perkara tidak betul

Baca juga: Siapa tak sayang anak! Berhenti salahkan ibu bapa Zayn Rayyan, yang ada anak syurga akan memahami – Super Daddy

5-Sementara itu, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, hasil keterangan saksi-saksi tersebut juga, Allahyarham Zayn Rayyan dilihat masih hidup selepas lima jam dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.

Iklan

6-Difahamkan, setakat ini pihaknya sudah mengambil 86 keterangan memperoleh 238 sampel DNA.

Terdahulu, polis berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak berkenaan menerusi mass screening yang dilakukan ke atas semua penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai.

Mereka dikatakan melihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga di Blok R pada petang si kecil itu didapati hilang pada 5 Disember lalu.

Baca juga: Mayat Zayn Rayyan diletak ketika hujan lebat, disyaki hanya seorang pelaku, petunjuk suspek semakin jelas

Baca  juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. ’10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada’

Iklan

Baca juga: Hilang lebih 24 jam, anak autisme Zayn Rayyan ditemui tak bernyawa, bapa pengsan terima hakikat, ini kronologi menyentuh hati

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!