ESOK umat Islam akan menyambut Syawal dalam suasana berbeza kali ini.

Jika tahun lalu kita masih berpeluang menziarahi rumah saudara-mara dan sahabat pada 1 Syawal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), namun tahun ini aktiviti ziarah tidak dibenarkan.

Pendek kata, kita beraya di kediaman sendiri bersama keluarga sahaja.

Apapun, perayaan tetap perlu diraikan meskipun dalam kesederhanaan dan penuh tertib.

Justeru, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil korang harus bijak memainkan peranan agar momen Syawal kekal terpahat dalam kotak memori mereka.

Jom ikuti perkongsian daripada Dr Putri Afzan Maria tip menyambut Syawal norma baharu bersama anak-anak di rumah.

1. Ajar anak berdoa malam raya
Memohon kepada ALLAH agar agar pandemik Covid-19 beransur pulih.

Pada masa sama, berdoa supaya segala amalan bulan Ramdan diterima baik. Ini termasuklah mendoakan insan yang telah meninggalkan dunia.

Bantu wujudkan sifat empati dalam diri anak-anak.

2. Ajar anak menyediakan diri
Ajak mereka membersihkan diri, berwangi-wangian dan bersiap mengikut tuntutan agama.

Inisiatif itu melatih anak belajar menghargai momen manis ini sebaik mungkin.

3. Ajak anak solat bersama pagi raya
Walaupun sebaiknya solat sunat Aidilfitri di masjid, tetapi disebabkan PKP tiada salahnya berjemaah bersama anak di rumah. Didik mereka keperluan solat di kediaman ekoran pandemik semasa.

Sunah Aidilfitri

4. Ajak anak sarapan kurma

Mulakan sarapan pagi memakan kurma dengan bilangan ganjil. Jelaskan kepada anak-anak ia adalah tanda tidak lagi berpuasa dan sebagai permulaan meraikan sambutan Aidilfitri. Tanamkan sifat bersyukur.

5. Ajak anak merancang dan mengatur panggilan video
Susun siapa yang perlu didahulukan dalam senarai panggilan video. Walaupun raya kali ini berbeza,
namun kegembiraan menyambut lebaran perlu diraikan.

6. Ajak anak terlefon secara personal
Hubungi individu secara personal, supaya dapat berkongsi kegembiran bersama.

7. Ajak anak tinggalkan pesanan suara
Mengajak anak meninggalkan pesanan suaran atau ‘voice note’ pada hari raya supaya penerima ceria berasa mendengarnya.

Didik anak mengingati dan menghargai mereka yang dikenali.

Iklan

8. Ajak anak hias rumah dan beraktiviti
Hias rumah dan lakukan aktiviti menggembirakan seperti bermain ‘board games’ bersama ahli keluarga.

Lakukan sesuatu yang mungkin belum pernah dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Solat sunat Aidilfitri

9. Ajak anak lafazkan takbir raya
Dalam keadaan PKP, mungkin kita boleh mulakan kempen #takbirrayahour melaungkan takbir raya beramai-ramai bersama jiran tetangga, walaupun tidak boleh menziarahi. Jelaskan apa maksud takbir itu.

Fahami kepentingan hidup berkomuniti.

Iklan

Baca juga 7 Kesilapan Yang Kerap Berlaku Ketika Meraikan Aidilfitri, Pastikan Jangan Buat!

10. Ajak anak fahami zakat
Jangan lupa kongsikan dengan anak tentang keperluan membayar zakat untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Menanam sifat memberi pada anak-anak.

Semoga tip yang dikongsikan membantu ibu bapa menyambut Syawal kali ini dengan lebih bermakna dan membawa 1,001 pengertian dalam diri anak-anak.