Kreatifnya cara tanam sawi kingkong guna botol minyak masak terpakai je. Sayur pun segar & subur. Jimat ruang!
BOTOL minyak terpakai jika sudah tidak mahu digunakan, jangan terus buang.
Apa kata jadikan ia sebagai tempat untuk tanam sayur sawi.
Itulah kaedah simple namun menjadi yang dikongsikan oleh Mohd Farhan Razali menerusi page Berkebun Untuk Beginner.
SinarPlus tertarik melihat hasil sayuran hijau tersebut yang bukan sahaja besar, malah hasilnya begitu segar, cantik, bersih dan selamat.
Perkongsian menerusi laman Facebook itu nyata mengundang perhatian ramai.
Bagi anda yang ingin mencuba, boleh praktikkan tip yang diberikan lelaki berkenaan.
"Sedikit perkongsian daripada saya untuk sahabat yang baru mula bercucuk tanam.
"Gambar lama hasil tanaman sawi kingkong menggunakan botol minyak masak sebagai bekas tanaman. Mungkin ada yang pernah lihat sebelum ini," ujar beliau.
Baca lagi Semai daun bawang tak perlu tanah pun tetap subur, guna botol plastik terpakai jer. Mudah & menjadi!
Bahan-bahan
Benih sayur sawi kingkong
Cocopeat (sabut kelapa)
Baja AB (kepekatan 1.5 sehingga tuai 1.8)
Tip tanam guna botol:
- Botol yang ada penutup tu biarkan sahaja, tebuk satu lubang untuk lebihan air keluar.
- Basahkan cocopeat sepenuhnya dan tabur satu hingga tiga biji benih.
- Dalam satu botol, letakkan satu hingga dua pokok sawi berkenaan.
- Siram dua kali sehari. Jika cocopeat masih lembab, tidak perlu siram.
- Apabila benih sudah bercambah terus bagi kena panas pagi.
Rata-rata warga maya memuji cara tersebut. Selain menjimatkan ruang terutama bagi anda yang memiliki halaman rumah sempit, cara tersebut juga tidak memerlukan modal yang besar dan penjagaan yang rumit.
'Baguslah idea ni. Letak pada tiang, jimat ruang.'
'Cantiknya kejadian. Alhamdulillah, paku pada tiang je. Lagi mudah untuk orang perempuan DIY.'
'Nak seribu daya, buat tanpa tapi. Tahniah, suka dengan semangat tuan menanam.'
'Syoknya tengok, subur sungguh.'
'Sawi kingkong legend.'
'Terbaik! Saya suka idea DIY kitar semula plastik macam ini. #zerowaste.'
Idea yang bernas dan rare, guna tiang dan botol terpakai untuk tanam sayur. Hasilnya pun segar-bugar, besar-besar pula tu.
Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang