KEMALANGAN melibatkan pemandu bawah umur selalu menjadi perhatian. Jika sebelum ini membabitkan seorang kanak-kanak enam tahun dan tidak mengakibatkan kehilangan nyawa, kali ini ia melibatkan remaja 14 tahun. Kemalangan lebih tragis kerana melibatkan seorang wanita maut.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah, remaja perempuan berkenaan merempuh kenderaan dinaiki dua wanita hingga menyebabkan seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga: ‘Saya nak pi kedai’. Kanak-kanak 6 tahun memandu bawa adik 3 tahun di Langkawi, ini kronologinya

Baca juga: Rupanya panjat kerusi ambil kunci, ibu bapa cerita kejadian kanak-kanak 6 tahun pandu kereta

Berikut adalah kronologi yang berlaku petang 22 Oktober 2023:

1-Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata nahas berhampiran sebuah stesen minyak.

2-Kemalangan dipercayai terjadi apabila remaja berkenaan yang memandu Proton Satria datang dari arah bertentangan hilang kawalan, terbabas dan memasuki laluan mangsa sebelum merempuh motosikal  dinaiki Nur Syafiqah Abdullah, 32, dan Nooraliza Abdullah, 43 yang merupakan pembonceng.

3-Dua beradik beradik berkenaan yang merupakan peniaga menaiki Honda Wave dari arah lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah.

Kredit foto: SinarPlus, generate by Midjourney

4-Berikutan rempuhan daripada kereta, penunggang motosikal, Nur Syafiqah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Nooraliza cedera di badan.

5-Ketika kejadian, cuaca hujan dan jalan basah.

6-Dalam kemalangan berkenaan remaja yang memandu kereta hanya luka di hidung.

7-Pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai lesen selain tidak bersekolah.

8-Kereta itu pula dipercayai milik rakan kepada ibu remaja itu.

9-Saman telah dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan kerana membenarkan remaja bawah umur memandu.

10-Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Baca juga: Tahu turunkan hand brake, fungsi pedal minyak, gear undur, kanak-kanak 6 tahun memandu di Langkawi buat netizen terkejut

Baca juga: 5 kejadian kanak-kanak memandu pernah tular, usia 5 tahun paling muda ditemui!

INDIVIDU YANG DIBENARKAN MEMANDU KENDERAAN DI JALAN RAYA

Iklan
Kredit: PDRM

Menurut Polis Diraja Malaysia , syarat utama bagi individu dibenarkan memandu kenderaan di jalan raya adalah memiliki lesen memandu yang sah seperti digariskan di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bagi permohonan lesen memandu, Seksyen 39 APJ 1987 menetapkan had umur seperti berikut :

1. Motosikal : Individu berumur 16 tahun ke atas

2. Kereta : Individu yang berumur 17 tahun ke atas

3. Jentera berat/ringan dan kenderaan perkhidmatan awam : Individu berumur 21 tahun ke atas

Sesiapa yang tidak memiliki lesen memandu yang sah, boleh disaman di bawah Seksyen 26(2) APJ 1987 dengan hukuman minimum tidak kurang RM300.

Iklan

Mana-mana pemilik kenderaan yang membenarkan individu tidak berlesen memandu, boleh dituduh di Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 39(5) APJ 1987.

Mereka boleh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 ihukum penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian, berita Harian, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!