JIKA baru-baru ini tular individu bertindak sebagai marsyal mengawal lalu lintas di sebuah persimpangan lampu isyarat, kini perkara yang sama berulang kembali.

Aksi berbahaya marsyal yang berlagak sebagai polis mengawal lalu lintas itu kelihatan sangat berbahaya bagi kenderaan lain.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dalam kejadian terbaru, menerusi rakaman video berdurasi dua minit, didapati dua marsyal berlagak polis trafik bertindak mengarahkan kenderaan lain ke tepi.

Dalam video tersebut, pemandu sebuah kenderaan sempat merakam aksi marsyal berkenaan mengarah kenderaan lain ke tepi bagi memberi laluan kepada konvoi mereka.

Baca juga Tular Video ‘Marsyal’ Kawal Lalu Lintas Cetus Amarah, Dijejaki Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan bagi membenarkan sekumpulan motorsikal berkuasa tinggi dalam jumlah lebih kurang 20 biji motorsikal melalui laluan terbabit.

Selain itu, ini kenyataan yang diberikan Aidi Shah;

1. Rakaman dipercayai konvoi berkenaan bergerak dari arah Kuala Sg Baru Alor Gajah Melaka melepasi kawasan Jalan Tg Agas Pasir Panjang Port Dickson.

2. Pihak polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman. Polis menyeru kepada mana-mana yang memiliki maklumat kejadian untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

3. Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-6472222.

Iklan

Lagi aksi marsyal ‘berlagak’ polis trafik tular, bertindak arah kenderaan lain ke tepi

4. Siasatan dijalankan bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967, Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Halangan Lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 (Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar)

5. Seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan atau memberhentikan kenderaan atau melencong kehadiran tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis.

6. Polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalu lintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam.

Baca juga Marsyal konvoi berlagak polis, 2 ditangkap, 3 serah diri, 5 motosikal termasuk Harley Davidson, Yamaha Tracer 900 GT dirampas

Iklan

Untuk pengetahuan korang, menjadi marsyhal dalam konvoi kenderaan tanpa penglibatan anggota polis trafik di jalan raya menyalahi undang-undang serta boleh dikenakan tindakan.

Tiada undang-undang yang membenarkan marsyal bertugas untuk mengawal lalu lintas di jalan raya tanpa kehadiran anggota polis trafik manakala pengguna jalan raya tidak perlu mengikut arahan marsyal sekiranya tiada penglibatan anggota polis trafik.