Lagi kes strok haba, pelajar tidak sedarkan diri selepas lari 4km, 5 info mengenainya

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April
Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April
A
A
A

Lagi kes strok haba, pelajar tidak sedarkan diri selepas lari 4km, 5 info mengenainya

LAGI kes strok haba, seorang pelajar lelaki di Pekan, Kuantan berusia 15 tahun mengalami kelesuan haba selepas tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti larian sejauh empat kilometer semalam.

Pelajar berkenaan mengalami simptom seperti suhu badan terlampau tinggi, degupan jantung meningkat serta percakapan dan fungsi otak terjejas.

Bagaimanapun, alhamdulillah keadaannya stabil selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Baca juga  Maut atau cacat seumur hidup, itu antara risiko strok haba. Minum banyak air, jangan banyak terdedah di luar

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April

Menurut Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berikut info mengenainya;

1. Pelajar itu telah dirujuk oleh Hospital Pekan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kini dilaporkan semakin stabil.

2. Pemeriksaan awal di Hospital Pekan mendapati pesakit telah mengalami simptom seperti suhu badan terlampau tinggi iaitu melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat serta percakapan dan fungsi otak terjejas.

3. Pesakit telah diberi rawatan hidrasi dan rawatan sokongan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAA.

4. Dr Nor Azimi mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas, menggunakan pelindung diri dan sentiasa mengekalkan tahap hidrasi untuk mengawal atur suhu badan.

5. Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa mengawasi gejala keletihan dan strok haba serta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala berkenaan.

Baca juga Demam, meracau & kejang, kanak-kanak 12 tahun maut strok haba, berikut kronologi menyayat hati

Cuaca panas dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini

Sementara itu, ini cara mencegah strok haba terutama dalam kalangan murid dan pelajar sekolah;

1. Ibu bapa dan para guru sentiasa mengingatkan pelajar agar minum air kosong sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas atau 2 liter (l) sehari. Bagi kanak-kanak, disarankan minum 1.5l air.

2. Ajar juga mereka untuk menghitung berapa kerap mereka kencing sehari di sekolah. Jika dalam tempoh lapan jam mereka tiada air kencing, itu bermaksud mereka sedang mengalami dehidrasi.

3. Maka, segera minum air dengan cukup. Jangan minum seliter air terus dalam masa singkat atau kurang dari sejam. Langkah itu amat bahaya kerana boleh tercetus risiko mabuk air atau water intoxication pada tubuh, sekali gus boleh menyebabkan sawan dan koma.

4. Orang ramai juga tidak digalakkan berada di dalam kereta yang diletakkan di bawah pancaran matahari. Walaupun menggunakan pendingin hawa, suhu kereta akan meningkat 20 darjah Celsius dalam masa 10 minit apabila berada bawah cahaya matahari tanpa perlindungan.

Baca juga Strok haba ibarat radiator kereta pecah, cepat bertindak waspada tanda awal sebelum ragut nyawa

Sumber: Sinar Harian, Awani, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca