PENANTIAN selama 32 tahun akhirnya menjadi realiti buat skuad ‘warga kota’!

Kuala Lumpur City (KL City) FC mengejutkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan mata 2-0 sekali gus merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lebih manis, bukan setakat mengesahkan kejuaraan tanpa sebarang kekalahan dalam kempen Piala Malaysia malah mereka juga meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

Namun apa yang lebih menarik dan menjadi perhatian ramai adalah aksi seorang pemain kelab KL City yang dikatakan seperti ‘super hero’ bertindak meranapkan impian barisan pemain Harimau Selatan.

Memiliki wajah yang tampan, Kevin Ray Mendoza Hansen, penjaga gol kelab KL City berasal dari Filipina.

Ketangkasan Kevin Ray memang tidak dapat disangkal lagi. Beraksi cemerlang menghalang beberapa percubaan tendangan berbahaya daripada JDT menjadikan skuad selatan itu pulang tanpa sebarang gol.

Baca juga “Pernah tengok punca air terjun?” Pemuda tunjuk lokasi punca air, ramai tak sangka rupanya dari celah batu, akar

Setelah berakhirnya perlawanan megah tersebut, Kevin Ray juga menjadi bualan warga maya.

Ujar mereka;

“Keeper paling cekap setakat ni… Terbaik!”

“On the way boleh jadi keeper Malaysia ni…”

“Jaga jaga… JDT dah bersedia untuk menyambar.”

“Philippines cakap terima kasih tu pun dah OK.”

“Helok, handsome! Cekap betul dia.”

Lahir di Denmark, keeper KL City, Kevin Ray jadi sebutan ramai

Iklan

Justeru itu, ini sedikit biodata ringkas mengenai beliau.

Baca juga Tular jangkitan Covid-19 varian Omicron di Perak, ini kata KKMM

Iklan

Kevin Ray Mendoza Hansen ialah seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab KL City dalam Liga Super Malaysia dan pasukan kebangsaan Filipina.

Nama penuh: Kevin Ray Mendoza Hansen

Tarikh lahir: 29 September 1994 (umur 27)

Tempat lahir: Herning, Denmark

Ketinggian: 1.88 m (6 ka 2 in)

Posisi permainan: Penjaga gol

Kelab terkini: Kuala Lumpur City

Nombor: 1

Tahniah Kuala Lumpur!