Tular jangkitan Covid-19 varian Omicron di Perak, ini kata KKMM

03
03
A
A
A

BARU-BARU ini tular di media sosial berkaitan jangkitan Covid-19 varian Omicronyang dikatakan telah wujud di Perak.

Varian Omicron adalah merujuk kepada strain baru B.1.1.529 yang pertama ditemui di Gauteng, Afrika Selatan.

Menurut Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Media Malaysia (KKMM), berita tular tersebut adalah palsu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Katanya dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan mesej tular terbabit.

"KKM menjelaskan bawawa setakat ini tiada kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia.

"Orang ramai disaran menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih.

"Ia boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat," katanya.

omicron

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh merujuk kepada media rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat sahih.

Varian Omicron mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda banyak daripada varian Delta (B.1.617) yang mencetuskan gelombang teruk di India.

Baca juga Varian baru Covid-19, Omicron boleh cetus Pandemik 2.0, 10 fakta penting mengenainya

Setakat 26 November, varian berkenaan tidak ditemui di Malaysia. Tiga buah negara melaporkan kes varian Omicron iaitu iaitu Afrika Selatan (77 kes), Bostwana (4 kes) dan Hong Kong (2 kes).

Diharapkan kita semua berhati-hati, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan sentiasa mendapatkan informasi yang tepat mengenai Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca