'Laki muda tapi matang, untung isteri.' Harris Alif jaga Intan Ladyana & bayi dalam pantang dipuji ramai

A
A
A

PERKONGSIAN Intan Ladyana mengenai perkembangan bayi keduanya yang baharu lahir mengundang tumpuan ramai.

Selain wajah si kecil yang ingin ditatap ramai termasuklah pengikut pelakon berkenaan, keprihatinan sang suami yang menjaga isteri kesayangannya turut meraih pujian.

Umum mengetahui usia Harris lebih muda daripada isteri, Intan. Namun, daripada cara beliau menjaga dan menguruskan isteri dalam pantang benar-benar membuatkan ramai jatuh kagum.

harris alifHarris atau nama penuhnya Nor Harris Alif Nor Rashidi tidak menjadikan perbezaan usia 17 tahun antara mereka menjadi penghalang buatnya menguruskan keperluan anak dan isteri.

Baca ni Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

Menerusi laman Instagram miliknya, Intan berterima kasih buat suami kesayangannya itu yang menjaganya dengan baik.

Daripada penjagaan ibu dan bayi serta anak sulung mereka, menguruskan rumah termasuklah mengemas, sehinggalah kepada menyediakan hidangan buat permaisuri hatinya itu.

"Alhamdulillah, thank you sayang @harrisalif. Always with @breakoat @inayahbeautytrading ni, lagi lagi time berpantang, boleh bantu Intan boost energy, boostkan susu badan.

"Paling penting boleh bantu untuk turunkan berat badan intan lepas bersalin ni," tulisya dalam kapsyen.

HarrisPerkongsian tersebut meraih pujian warga maya:

'Pasangan yang comel.'

'Semoga berbahagia hingga ke Jannah aminn.'

'Sweetnya...mak pak segak,anak-anak pun ikut segak..alhamdulillah.'

'This couple jenis tak beria.. relaks je. Tapi nampak sikap tanggungjawab dan matang even laki dia jauh muda dari bini.'

Baca juga ‘Wanita di tangan lelaki yang tepat.’ Hamil anak kedua, Intan Ladyana makin berseri, Harris Alif dipuji pandai jaga

intan ladyana'Semoga dikurniakan rumahtangga yang sakinah mawaddah warrahmah untuk keduanya.'

'Laki muda tapi matang....rajin, best dapat laki camni .. semoga berbahagia hingga ke syurga.'

'Matang suami. Beruntung dapat suami yang jaga isteri dan anak time dalam pantang.'

'Suami yang sangat baik peramah rajin buat sana sini jaga anak anak jaga istei yang sedang berpantang bagus dia ni.'

'Apabila wanita jatuh ke tangan ke lelaki yang tepat,alhamdulillahh..love .'

Baca lagi ‘Double penat’. Hamil anak kedua, Intan Ladyana alami alahan teruk, usia kandungan masuk 6 bulan

'Comel pasangan nih. Ni lar contoh suami misali. Isteri sdg pantang dia bantu isteri dia buat keje rumah. Alhamdulillah.'

Sumber: Instagram intanladyana

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang