MESKIPUN sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, pelakon jelita Intan Ladyana sentiasa menjadi perhatian warga maya.

Bahagia melalui momen kehamilan anak kedua bersama suami tercinta, Harris Alif, Intan tidak lepas daripada dugaan.

Pelakon jelita berusia 41 tahun itu mengakui berbadan dua kali ini beliau mengalami alahan teruk.

Baca juga: ‘Wanita di tangan lelaki yang tepat’ Hamil anak kedua, Intan Ladyana makin berseri, Harris Alif dipuji pandai jaga

Baca juga: Harris Alif hadiahkan ‘Permaisuri’ buat Intan Ladyana    

Malah pemilik nama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya itu mengakui kehamilan kali ini lebih memenatkan memandangkan beliau perlu menjaga kandungannya dan dalam sama memberikan perhatian buat anak sulung yang berusia dua tahun.

“Alahan lebih sedikit berbanding sewaktu saya hamil mula-mula dahulu dan kehamilan anak kedua ini agak memenatkan sedikit.

“Sebabnya saya kena berikan perhatian juga pada anak pertama sebab dia sejenis yang tidak boleh berenggang langsung dengan saya.

“Jadi, dia jadi macam double penat. Sebelum ini boleh terus tidur kalau penat tetapi sekarang tak boleh, anak pertama tidur baru saya boleh rehat,” katanya.

Baca juga: Manis berhijab, penampilan Intan Ladyana curi tumpuan, warganet doa agar istiqamah   

Baca juga: Usia sudah 30-an masih lagi hold lagi untuk hamil? Lupakan kerana banyak masalah bakal menimpa

Mendedahkan usia kandungan sudah memasuki usia enam bulan, Intan bagaimanapun enggan mendedahkan jantina kandungannya kepada umum.

Iklan

“Saya dan suami sudah pun tahu jantinanya namun tapi kami nak rahsiakan dulu.

“Nanti kami buat ‘gender reveal’ ya, kita buat yang meletupkan belon itu. Nantikan di Instagram saya,” ujarnya.

Aktres berdarah peranakan Melayu dan Siam itu mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Harris Alif yang mempunyai jarak usia 17 tahun lebih muda daripadanya.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Evie Khadeeja yang kini berusia dua tahun.

Iklan

Sumber: Melodi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!