PENAMPILAN aktres Intan Ladyana sejak hamil anak kedua semakin berseri-seri sehingga mencuri perhatian warga maya.

Terbaharu, pemilik nama sebenar, Intan Nurladyana Muhammad Yahaya muncul menerusi laman sosial Instagram memperagakan baju kurung moden.

Menerusi video tersebut jelas kelihatan baby bump pelakon drama Puteri itu.

Lama peminat beliau berteka-teki mengenai status kehamilannya, akhirnya Harris Alif baru-baru ini mengesahkan permaisuri hatinya itu sedang berbadan dua.

Pun demikian, beliau enggan memperincikan butiran lanjut mengenai kandungan isterinya itu.

“Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan dan dilancarkan ALLAH. Apabila tiba masa yang sesuai nanti, saya dan Intan sendiri akan maklumkan butir lanjut kepada semua. Sekarang belum masanya lagi.

“Ini kerana ada benda-benda yang kena bagi steady dulu,” katanya.

Baca juga: Manis berhijab, penampilan Intan Ladyana curi tumpuan, warganet doa agar istiqamah

Baca juga: ‘Kami 17 tahun, Zain 6 tahun, lepas 23 tahun bertemu jodoh.’ Sambut anniversary ke-10, Che Ta akui tak perlu suami kaya, asalkan bertanggungjawab

Baca juga: ‘Kami tak tunggu bulan madu.’Ungku Ismail, Nad Zainal rupanya bunting pelamin, sebulan nikah terus hamil 6 minggu

Dalam video yang dimuat naik, Intan memperagakan koleksi baju kurung dan bertudung bawal. Ramai memujinya yang istiqamah berhijab sejak setahun lalu.

– “Didikan suami. Walaupun suami dia muda tapi asbab didikan agama tu. Cantik keluarga ni.”

– “Cantik pula, bertudung lebih muda dan berseri-seri.”

– “Intan bertambah cantik dan berseri apabila pregnant, anggun sangat bertudung.”

– “Semoga ALLAH merahmati dan pelihara rumah tangga mereka. Wanita di tangan lelaki yang tepat dan bertanggungjawab. Dididik dengan agama serta disayangi.”

Iklan

Baca juga: Harris Alif hadiahkan ‘Permaisuri’ buat Intan Ladyana           

Baca juga: Usia sudah 30-an masih lagi hold lagi untuk hamil? Lupakan kerana banyak masalah bakal menimpa

Intan mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Harris Alif yang mempunyai jarak usia 17 tahun lebih muda daripadanya.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Evie Khadeeja yang kini berusia dua tahun.

Iklan

Sekadar makluman, aktres berdarah peranakan Melayu dan Siam itu memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada usia 23 tahun dengan menyertai Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005/06.

Beliau kemudian menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2005 dan pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-24 bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Anugerah Skrin 2012 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (Filem).H ‘Wanita di tangan lelaki yang tepat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang