TANGGAL 1 SYAWAL menjelang lagi. Sudah menjadi kebiasaan ketibaan hari raya diraikan bersama dengan keluarga tersayang.

Tidak seperti tahun-tahun yang berlalu, sejak 2020, Aidilfitri dirayakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membolehkan kita merentas negeri dan daerah untuk bersama-sama keluarga yang tercinta di kampung halaman.

Usah bersedih wahai perantau. Selain panggilan telefon, dengan kemajuan teknologi telekomunikasi terkini korang boleh melepaskan rindu kepada ibu bapa dan adik beradik menerusi panggilan video. Dengan cara ini, dapatlah korang menatap wajah-wajah mereka yang tersayang.

SinarPlus menyenaraikan beberapa aplikasi yang boleh korang gunakan untuk membuat panggilan video pada hari raya nanti.

1. WhatsApp

Korang boleh membuat panggilan video berkumpulan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk membuat panggilan video. Aplikasi ini paling mudah digunakan.

Caranya ialah dengan membuka perbualan WhatsApp dengan salah satu kenalan dan ppilih tetapan panggilan video. Setelah ‘contact’ menerima panggilan, ketik pula ‘add participant.’ Cari ahli keluarga lain di ruangan ‘contact’ dan kemudian pilih ‘add participant lagi. Aplikasi ini boleh memuatkan sehingga lapan orang dalam satu panggilan video berkumpulan.

2. Instagram

Selain WhatsApp, korang boleh berkomunikasi menerusi video dengan sehingga lapan orang menggunakan fungsi mesej di Instagram.

Caranya ialah mulakan sembang video dengan pada sebelah kanan atas ‘feed’ Instagram korang. Pilih akaun dari senarai di bawah atau ketik Cari untuk mencari seseorang, kemudian tekan ‘start.’

Orang atau kumpulan yang korang ‘panggil’ akan menerima pemberitahuan bahawa korang sedang membuat panggilan. Untuk mengakhiri sembang video korang, tekan pada bahagian kanan sebelah atas. Menerusi Instagram, korang boleh menggunakan kamera depan atau belakang dengan menyentuh pada bahagian atas atau ketik pada video korang sebanyak dua kali.

Iklan

3. Facetime

Kalau korang mempunyai iPhone atau MacBook, bolehlah menggunakan FaceTime iaitu aplikasi panggilan video dan suara terbina dalam Apple. FaceTime membolehkan ‘memuatkan’ seramai 32 orang dalam setiap panggilan.

Jadi, ini adalah antara cara panggilan video yang paling mudah kerana korang tidak perlu memuat turun aplikasi lain untuk mengadakan panggilan video berkumpulan. Asalkan korang dan semua ahli keluarga yang lain mempunyai peranti Apple, itu sudah membolehkan anda membuat Facetime bila-bila masa dengan had 32 orang pada satu-satu masa.

Baca juga PKP 3.0: Maaf ziarah rumah, kubur tidak dibenarkan. Jemaah solat raya terhad

Iklan

4. Zoom

Selain aplikasi di atas, korang juga boleh menggunakan aplikasi Zoom. Ia boleh dilakukan sama ada menerusi laman web Zoom atau aplikasi mudah alih. Caranya mudah sahaja. Langkah pertama yang korang perlu dilakukan ialah ke zoom.us dan pilih ‘Sign In.’ Kemudian korang akan diberikan pilihan sama ada menggunakan emel dan kata laluan. Selain itu, Google atau Facebook juga boleh menggunakan akaun untuk mendaftar.
Kemudian korang pilih tetapan ‘Host a Meeting.’ Log in menggunakan e-mel and kata laluan yang telah anda cipta. Korang boleh juga menggunakan Google(Gmail) atau Facebook.
Klik ‘start with video,’ kemudian pilih ‘New Meeting’ untuk memulakan panggilan video bersama keluarga. Zoom meeting berupaya memuatkan kapasiti yang lebih besar iaitu 100 akaun pada satu-satu masa.

5. Google Hangout

Hampir semua orang memiliki akaun Google. Melalui salah satu aplikasi daripada Google iaitu Google Hangout, korang boleh mengakses laman web Google Hangouts untuk membuat panggilan telefon percuma di penyemak imbas anda kepada ahli Hangouts yang lain. Klik ‘video call’ di tengah skrin dan kemudian klik ‘new chat’ untuk memasukkan nombor atau nama kenalan yang ingin anda hubungi. Terhad kepada 25 orang bagi setiap panggilan video.

Usah bersedih pada hari raya, berhubunglah dengan orang tersayang dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada dalam telefon pintar korang.