PKP 3.0: Maaf ziarah rumah, kubur tidak dibenarkan. Jemaah solat raya terhad

A
A
A

BERBAKI dua sahaja umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilftri.

Biarpun dalam fasa gelombang Covid-19, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) harus dititikberatkan bertujuan melandaikan lengkuk jangkitan.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dua SOP penting. Ini bermakna korang jangan keliru dengan SOP sebelum ini tau!

Salah satunya aktiviti menziarah saudara-mara dan rakan taulan tidak dibenarkan pada lebaran kali ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara.

Selain itu, solat sunat Hari Raya Aidilftri baik di masjid mahupun surau dihadkan jumlah jemaah bagi mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut.

Baca juga “Lain Kali Umum Awal-Awal, Rugi Besar Baju Dah Beli” – Netizen Ralat PKP 3.0 Saat Akhir Persiapan Raya

Kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah manakala 20 orang bagi kapasiti yang memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.

Had bilangan jemaah itu juga terpakai bagi solat fardu dan solat Jumaat.

Menurut Muhyiddin, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021.

Sementara itu, bagi larangan dan arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Diharapkan korang semua menerimanya dengan hati yang terbuka.

Raikan Aidilfitri, hari kemenangan selepas kita melunaskan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan.

Sumber: Instagram MKN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca