Lihat anak bulan Syawal pada 1 Mei di 29 lokasi cerapan seluruh negara

A
A
A

TIDAK lama lagi kita bakal menyambut ketibaan Syawal, pastinya kemeriahan Lebaran semakin dirasai.

Sebelum itu, cerapan anak bulan akan dilakukan bagi menentukan tarikh rasmi 1 Syawal.

Kredit foto: RTM

Baca juga: Bolehkah puasa ganti Ramadan dan puasa 6 Syawal digabung serentak? Ini jawapannya

Tarikh melihat anak bulan Syawal pada tahun ini telah ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal ialah Pontian Kecil, Johor Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Bukit Jugra, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang Manjong di Perak; dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Geliga Kemaman, Pulau Perhentian Besut dan Balai Cerap KUSZA di Terengganu.

Baca juga: Warga Pantai Timur boleh rebut tawaran Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia KTMB pulang beraya

INFO PENCERAPAN ANAK BULAN

Sejak bila negara kita menggunakan kaedah ini dalam menentukan tarikh-tarikh penting? Berikut adalah info menarik mengenainya:

1. Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Kali Yang Ke-92 pada 15 dan 16 Mac 1972 telah bersetuju supaya penetapan tarikh permulaan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) meliputi seluruh Malaysia.

2. Sebelum tahun 1972 urusan penetapan Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.

3. Cerapan (melihat) anak bulan pertama kali dilakukan bagi menetapkan permulaan puasa seluruh Malaysia ialah pada 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

4. Bermula saat itu, pengisytiharan permulaan puasa, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dilaksanakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

5. Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan puasa (Awal Ramadan), Hari Raya Puasa Aidil Fitri dan Hari Raya AidilAdha di Malaysia adalah berdasarkan Rukyah atau (Cerapan Hilal) dan Hisab (kiraan).

6. Pencerapan disempurnakan sebelum jam 8.00 malam bagi membolehkan ia dihebahkan pada waktu perdana.

Baca juga: Bermanfaat! Wanita pecah hasil tabungan bersama suami untuk sambut raya buat ramai kagum

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca