Majlis akad nikah di negeri PKP2.0, ini SOP Jais dan Jawi

Majlis akad nikah di negeri PKP2.0, ini SOP Jais dan Jawi
Majlis akad nikah di negeri PKP2.0, ini SOP Jais dan Jawi
A
A
A

SUSULAN pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 untuk tempoh 14 hari bermula hari ini sehingga 26 Januari 2021 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu sekaligus mempengaruhi bakal pengantin yang bakal bernikah pada tarikh berkenaan.

SEDIA maklum, enam negeri di negara kita telah diumumkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 untuk tempoh 14 hari bermula hari ini sehingga 26 Januari 2021.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memutuskan semua pelaksanaan majlis akad nikah adalah secara virtual ataupun sidang video sahaja sepanjang tempoh PKP.

Majlis akad nikah hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan tarikh temu janji dari Jais sahaja.

Pelaksanaan majlis akad nikah juga akan dilakukan oleh Pendaftar yang akan berada di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), manakala pengantin, wali dan dua orang saksi berada di rumah.

Manakala bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, pelaksanaan Majlis Akad Nikah dalam tempoh PKP dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan dijalankan di JAWI Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan sahaja.

Pihak yang terlibat hendaklah membuat janji temu dengan JAWI Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.

Semua Kebenaran Berkahwin yang telah diberikan kepada pengantin yang ingin berkahwin dari luar Wilayah-Wilayah Persekutuan dan semua Permohonan Kebenaran Berkahwin dari luar Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah ditangguhkan berkuatkuasa serta-merta.

Baca juga Kunyah makanan perlahan-lahan, cara mudah kawal berat badan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi ataupun Facebook Jawi & Jais.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca