Malaysia ke-3 paling ramai tak kahwin di Asia Tenggara, profesor kongsi 6 tip single berkualiti & kuat mental

A
A
A

TAHUKAH anda, di Malaysia terdapat 44.68 peratus individu bujang dan berada di tempat ketiga dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai paling ramai individu yang masih belum berkahwin.

Angka yang dikeluarkan oleh SEA Asia Stats, hampir separuh penduduk negara ini adalah bujang yang dikenal pasti sebagai belum berkahwin, bercerai atau balu sekali gus meletakkan Malaysia di belakang Filipina dan Brunei.

Public Health Malaysia melaporkan berdasarkan kajian yang dilakukan, fenomena itu berlaku susulan individu yang semakin mengutamakan ruang peribadi, penjagaan diri dan kesejahteraan emosi berbanding berkeluarga.

Baca juga: Tidak sefahaman, curang, campur tangan mentua punca utama penceraian di Malaysia, umur 35-39 tahun paling tinggi-LPPKN

Baca juga: Suami curang, hubungan terlarang, wanita bujang jangan takut berkahwin- Ustazah Asma'

"Bujang tidak semestinya tidak baik, ramai sahaja yang memilih untuk terus hidup bujang dan ok ok sahaja," katanya.

Pun begitu, pasti anda yang ingin tahu mengapa ramai yang masih memilih untuk hidup bujang, dan apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengecap kebahagiaan sebenar tanpa pasangan?

Menurut profesor Jabatan Psikologi dan Kaunseling UPSI, Prof Dr Mohd Aziz setiap individu berupaya menjalani kehidupan bahagia meskipun bergelar bujang asalkan bijak merancang kehidupan yang membawa manfaat.

"Golongan ini terbahagi kepada dua. Pertama, individu itu memilih untuk hidup bujang yang mana tidak perlu lagi komitmen dalam kekeluargaan sama ada anak, isteri kerana mereka sangat mementingkan pembangunan kerjaya atau mengumpulkan aset dan sebagainya. Mereka gembira walaupun tidak ada pasangan. Cuma mereka akan tertekan apabila ditanya tentang perkahwinan.

Baca juga: Lafaz akad nikah aku terima sahaja sah, ini perincian Dr Zulkifli

Baca juga: Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu

Profesor Jabatan Psikologi dan Kaunseling UPSI, Prof Dr Mohd Aziz

"Manakala yang kedua pula memang hendak berkahwin tetapi jodoh yang sesuai belum ditemui. Mungkin juga sudah jumpa tetapi putus.

"Kedua-duanya ada implikasi tetapi buat masa ini mereka perlu merancang kehidupan sebagai orang bujang yang bermanfaat dan baik serta menyediakan diri untuk fasa seterusnya termasuk berkahwin," ujarnya.

Biarpun ramai memilih untuk membujang dan fokus kepada kerjaya serta mengambil anak angkat tanpa berkahwin, menurut Mohd Aziz perkara itu tidak normal.

"Keadaan ini tidak berapa sihat kerana manusia yang normal mesti ada keluarga sama ada isteri atau suami. Kedua, mereka perlu ada kerjaya yang baik untuk menyeimbangkan kehidupan.

"Ketiga, setiap individu hendaklah memiliki kawan-kawan, impian, kehidupan kerana sebagai manusia kita ada makhluk sosialisasi.

"Berkahwin lewat itu biasa, namun jika tiada langsung niat untuk mendirikan rumah tangga, perkara itu perlu dibantu agar mendapat kesedaran bahawa Tuhan menjadikan kita untuk berkahwin dan berkeluarga serta merasai nikmat kekeluargaan," ujarnya.

Tidak menolak faktor pengaruh budaya barat mementingkan kerjaya dan trauma kisah kegagalan rumah tangga ibu bapa, Aziz mengakui individu terus membujang kerana faktor fobia kepada lelaki atau perempuan atau terdedah kepada hubungan suami isteri yang tidak harmoni menjadi faktor.

Baca juga: Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini

"Perkara ini boleh diselesaikan menerusi kaunseling. Mereka perlu sedar terlebih dahulu dan mendapatkan bantuan. Ia boleh disembuhkan," kongsinya.

Tekanan sering ditanya bila hendak kahwin, Aziz turut berkongsi tip boleh dilalui orang bujang.

"Ia adalah tekanan yang agak berat yang dihadapi orang-orang bujang kerana masyarakat kita hendakkan seseorang itu berkahwin, berkeluarga dan mempunyai anak. Ibu bapa atau saudara-mara akan bertanya soalan yang sama 'bila nak kahwin' hingga ramai yang tidak mahu balik kampung lagi. Stres dan tekanan.

"Perlu difahami bahawa bukan golongan ini tidak mahu berkahwin tetapi belum jumpa jodoh sesuai yang menambat hati atau fokus kepada karier. Mereka tidak boleh terburu-buru memilih pasangan.

"Jadi, tolonglah ibu bapa, keluarga atau rakan, janganlah banyak bertanya tetapi berikan sokongan dan cuba memahami kerana bukan mereka tidak mahu berkahwin tetapi belum tiba masanya lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Aziz turut memberikan panduan kepada orang bujang agar melalui kehidupan yang berkualiti dan kuat mentalnya.

"Bujang itu bukan yang biasa-biasa tetapi penuh dengan perancangan. Jadikan ia bermanfaat sebagai satu proses yang 'diam-diam berisi.' Justeru, saya cadangkan enam tip:

1-Menikmati zaman bujang yang bebas dengan baik tanpa merosakkan diri.

2-Merancang dan mendapatkan pekerjaan yang stabil kerana ekonomi sangat mustahak. Gunakan masa untuk membina networking dengan baik.

3-Jaga kewangan dan membeli aset seperti rumah dan tanah.

4-Membina jaringan hubungan psikososial yang kuat dan sihat  dengan mereka yang ada di sekeliling seperti kawan-kawan.

5-Menambah ilmu pengetahuan dan skil sosial agar kemahiran yang ada boleh dipertingkatkan.

6-Merancang untuk mencari pasangan hidup. Niat perlu ada walaupun kecil namun elakkan terlalu terdesak dan terburu-buru. Pilih yang betul.

Warga maya memberikan pelbagai pandangan namun rata-rata bahawa mengakui membujang lebih baik daripada tersalah memilih pasangan.

- "ALLAH Maha Mengetahui. Daripada berkahwin dengan lelaki suka curang dan tidak bertanggungjawab, membujanglah hingga bertemu yang serasi."

- "Banyak faktor yang mempengaruhi terutama kos sara hidup. Walau apa pun alasan, perkahwinan penting. Usaha dulu dan berdoa, insya-ALLAH."

- "Bujang tidak semestinya tidak baik tapi kalau dapat menjaga diri daripada melakukan maksiat. Alhamdulillah."

- "Mungkin yang turut menyumbang kepada ramainya orang bujang itu adalah peningkatan kadar penceraian."

Sumber: Public Health Malaysia, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca