Masak ketupat instant tapi lembik? Ini penjelasan Adabi

A
A
A

BAGI sesetengah tempat atau negeri, tiap kali tibanya hari raya menu wajib terhidang adaah ketupat.

Selain ia penyeri sambutan Aidilfitri, hari lebaran yang dirai juga ibarat tidak bererti tanpa juadah tersebut.

Pada masa kini, ketupat senang didapati di pasaran yang berbentuk instant.

Sangat senang dimasak! Hanya masukkan ke dalam air mendidih dan tunggu sehingga ia masak dan membentuk ketupat.

Namun lain pula yang terjadi kepada pengguna ketupat Adabi pada raya kali ini.

Mereka berdepan dengan ketupat lembik setelah dimasak.

Masak ketupat instant tapi lembik? Ini penjelasan AdabiJusteru pihak Adabi Consumer Industries hari ini tampil memohon maaf dan berterima kasih atas keperihatinan pengguna.

"Merujuk kepada isu pengguna ketupat Adabi yang lembik setelah dimasak, kami memohon maaf atas kesulitan uang dihadapi pengguna.

"Kepada pengguna yang mengalami perkara tersebut bolehlah membuat aduan kepada kami secara DM di platform media sosial rasmia Adabi," katanya dalam satu kenyataan.

ketupat

Menurut kenyataan itu, pihaknya telah pun mengambil langkah menukar beras yang digunakan agar kejadian tersebut tidak lagi berulang.

Selain itu, pihak Adabi juga sangat menghargai setiap maklum balas yang diberi pengguna dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti ketupat amat dikesali.

Baca juga Lepaskan rindu pada famili, 5 aplikasi boleh guna dengan mudah

Jadi, sesiapa yang ada terkena dengan ketupat lembik bolehlah berhubung dengan media sosial rasmi Adabi ya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca