BANJIR adalah bencana alam yang selalu berlaku di Malaysia menyebabkan kerugian berjuta ringgit.

Bukan sahaja nyawa melayang dan terancam, harta benda pun habis rosak.

Tapi tahukah korang boleh tuntut pampasan dengan syarat tertentu jika rumah atau kenderaan rosak? Jom tengok apa boleh buat!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Apa yang perlu tahu sebelum menuntut pampasan;

Setiap rumah ada perlindungan tersendiri.

Baca juga Dokumen hilang, musnah, mangsa banjir boleh buat IC, lesen, pasport percuma

Berikut adalah perlindungan asas yang kebiasannya ditawarkan oleh panel insurans sedia ada di Malaysia:

  • Kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya akibat bencana seperti kebakaran atau banjir.
  • Kecurian atau cubaan untuk mencuri dengan menggunakan kekerasan atau keganasan untuk memecah rumah.
  • Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip.
  • Kecederaan anggota badan atau kerosakan harta benda kepada pihak ketiga akibat kecacatan bangunan tersebut.

Namun, awas! Tak semua panel insurans melindungi bencana banjir ya.

Sebab itulah kena baca dan faham betul-betul apa yang terkandung dalam polisi perlindungan yang korang ambil itu.

Jadi, ayuh kita lihat cara menuntut pampasan akibat banjir dengan tiga pihak iaitu LPPSA, insurans dan PBT.

Langkah tuntutan pampasan banjir daripada LPPSA;

Khas untuk penjawat awam yang membeli rumah melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)!

Buat pengetahuan, LPPSA mempunyai perlindungan daripada Perlindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) oleh panel insurans yang dilantik sebaik sahaja pinjaman diluluskan seperti Etiqa, Takaful Ikhlas, Zurich Takaful serta Takaful Malaysia.

Ada tujuh jenis perlindungan di bawah LTHO dan ia termasuk bencana banjir. Boleh claim terus dari pihak LPPSA ke? TIDAK!

Korang perlu membuat tuntuan insurans atau takaful secara langsung kepada panel insurans yang telah dipilih oleh LPPSA sendiri. Bagaimana?

Semak status dan kandungan polisi perlindungan dahulu dengan panel insurans/takaful/pembiayaan melalui:

Hubungi pihak LPPSA di talian 03-8880 1600 atau melalui perkhidmatan atas talian etiket.

Salurkan pertanyaan melalui emel di insuransbanjir@lppsa.gov.my

Jika status boleh dituntut, terus hubungi panel insurans/takaful untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai proses tuntutan seperti berikut:

  1. Berikan maklumat kad pengenalan, nombor polisi dan alamat kawasan banjir kepada panel insurans/takaful.
  2. Panel insurans/takaful akan memberikan beberapa talian tuntutan banjir mengikut kawasan untuk dihubungi.
  3. Berikan maklumat di (a) serta beberapa keping gambar kerosakan rumah sebagai bukti kepada talian dihubungi.
  4. Pihak insurans/takaful akan menghantar adjuster ke rumah untuk membuat penilaian dan laporan.
  5. Pembayaran akan dibuat selepas laporan diluluskan.
  6. Pembayaran akan dibuat terus kepada pemilik polisi jika jumlah pampasan adalah RM10,000 ke bawah. Sekiranya lebih, ia akan dibayar kepada pihak LPPSA.

banjir

Sediakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan dari LPPSA seperti di bawah;

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Laporan Polis
  • Laporan Bomba
  • Sebut harga baikpulih
  • Borang tuntutan pampasan

Pecahan tuntutan oleh LPPSA adalah seperti berikut:

  • 80% tuntutan dibayar
  • Untuk baiki kediaman
  • 20% tuntutan dibayar

Selepas JPPH menerima laporan pembaikian siap dilakukan

Nanti dulu! Hanya Takaful Malaysia sahaja yang menerima tuntutan perlindungan banjir bagi pembiayaan LPPSA yang bermula 1 Mac 2020.

Jika pinjaman LPPSA aktif sebelumnya, korang boleh rujuk senarai panel insurans atau takaful yang ada.

Langkah tuntutan pampasan banjir dari syarikat insurans;

Ada juga orang yang mengambil perlindungan perumahan daripada syarikat insurans luar yang tidak terikat dengan mana-mana pembiayaan perumahan seperti LPPSA. Antaranya;

1. Pelan Takaful myHome

Takaful myHome adalah salah satu produk perlindungan di bawah Takaful Malaysia. Ia menawarkan perlindungan rumah secara menyeluruh daripada kebakaran, kilat, letupan, kecurian, taufan, gempa bumi, banjir dan tangki atau paip air yang pecah.

Kesemua enam pelan ditawarkan dengan harga yang berbeza bermula dari RM30,000 sehingga RM200,000.

Jadi, semak polisi yang korang dahulu sebelum membuat tuntutan pampasan banjir mengikut langkah berikut:

Iklan
  • Ambil gambar kerosakan rumah akibat banjir sebagai bukti.
  • Maklumkan pada ejen/broker/bank mengenai tuntutan korang melalui:
  • Portal myTakaful Customer.
  • Portal myTakaful Corporate Agent.
  • Hubungi atau emel pihak Takaful Malaysia menyatakan butiran dan situasi kerugian di talian 1300 88 252 385 atau csu@takaful-malaysia.com.my
  • Pihak Takaful akan menghantar adjuster untuk menilai keadaan kerosakan dan menganggarkan kerugian.

banjir

Hantar dokumen yang diperlukan seperti di bawah dengan lengkap kepada adjuster, ejen, broker, syarikat takaful, bank atau secara online di myTakaful Customer;

  1. Borang tuntutan pampasan
  2. Salinan sebut harga pembaikan kontraktor
  3. Gambar kerosakan rumah (berwarna)
  4. Senarai barang/bahagian yang mengalami kerosakan (jika perlu)
  5. Invois /resit pembelian awal (jika perlu)
  6. Penggantian sebut harga /invois /resit (jika perlu)
  7. Pembayaran pampasan akan dibuat dalam masa tujuh hari setelah tuntutan pampasan dibuat.
  8. Adjuster ialah ejen tuntutan insurans. Mereka bertanggungjawab menilai tuntutan insuran bagi menentukan kebertanggungjawab syarikat insurans berdasarkan terma dalam polisi insurans.

Baca juga Elak terperangkap banjir dalam perjalanan ke Pantai Timur, boleh guna laluan alternatif

2. AXA SmartHome Optimum (Enhanced)

Sama seperti produk insurans rumah yang lain di luar sana. Bezanya, korang akan dapat beberapa manfaat percuma di bawah pelan insurans AXA ini! Dengan syarat, itu adalah rumah kediaman peribadi sendiri.

Bagi yang sudah ada pelan rumah SmartHome Optimum tetapi masih blur apa perlu buat selepas ditimpa bencana, jangan risau! Ikut saja langkah-langkah ini.

Hubungi dan maklumkan kejadian kepada pihak AXA dengan segera di talian banjir 03-7989 0310.

Sediakan beberapa dokumen berikut:

  • Borang tuntutan pampasan
  • Gambar kerosakan
  • Resit pembelian barang yang rosak (Jika ada)
  • Pengesahan bertulis dari kontraktor untuk mengesahkan punca kerosakan.
  • Penggantian invois/sebut Harga.
  • Hantar borang yang lengkap dengan dokumen yang diperlukan dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian secara langsung atau melalui portal MyAXA Login serta emel ke claims@axa.com.my.
  • AXA akan hubungi korang tentang status kelulusan tuntutan setelah menerima dokumen lengkap termasuk laporan siasatan.
  • Pembayaran e-tuntutan akan dibuat dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh kelulusan tuntutan.

Sementara itu, bagaimana pula dengan kenderaan yang rosak akibat banjir? Habislah kalau insurans tak cover!

Iklan

Korang sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika kenderaan rosak akibat banjir.

Kebanyakan bencana banjir ini berpunca dari sistem pemparitan yang tidak diselenggara. Itulah penyumbang terbesar banjir!

Sistem pemparitan kebiasaannya diselenggara sama ada oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) atau PBT. Jadi, sebab itulah korang boleh tuntut pampasan dari PBT.

Apa tunggu lagi, jom tengok cara-caranya!

  • Ambil gambar kerosakan kenderaan.
  • Buat laporan polis secepat mungkin.
  • Upah adjuster bertauliah untuk menilai kerosakan dan dapatkan sebut harga.
  • Hubungi pihak PBT untuk pastikan sistem saliran dan pemparitan di kawasan banjir tersebut adalah di bawah tanggungjawab PBT.
  • Pergi ke jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Landskap Majlis Perbandaran.
  • Isi borang tuntutan pampasan kerana bencana alam.

Baca juga Jangan Cuci Dulu, Tangkap Gambar, Berikut 5 Tip Buat Tuntutan Insurans Kenderaan Selepas Banjir

Sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut;

  1. Laporan polis asal.
  2. Surat rasmi permohonan tuntutan pampasan.
  3. Gambar kerosakan kenderaan di lokasi banjir.
  4. Salinan sebut harga dari adjuster.
  5. Salinan penyata bank untuk tujuan pembayaran pampasan.
  6. Hantar borang dan dokumen lengkap kepada jabatan berkaitan.

Proses pembayaran pampasan mungkin akan mengambil masa sedikit. Tak kisahlah, asalkan dapat! Betul tak?

Semoga bermanfaat!

Sumber: PropertyGuru