KERAJAAN Negeri Melaka menzahirkan penghargaan dan terima kasih di atas sokongan keseluruhan rakyat yang membantu kerajaan negeri dalam usaha mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali,  berkata, segala usaha dan sokongan dalam sektor pelancongan ini merupakan pemangkin ke arah peningkatan ekonomi negeri yang merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka.

'Melakan Visit Melaka' tawarkan pakej menarik... berbaloi warga kota bersejarah
Datuk Sulaiman Md Ali

“Bagi tahun 2019, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada KDNK Negeri Melaka dengan mencatatkan 48.0 peratus atau RM20,940 juta.  Diikuti pula dengan sektor pembuatan iaitu sebanyak 38.4 peratus atau RM16,750 juta. Manakala, kadar pertumbuhan yang dicatatkan adalah 2.8 peratus bagi tahun ini berbanding 3.8 peratus pada tahun 2018.

“Kita semua sedia maklum, bahawa tahun 2019 ini memberi cabaran besar dalam mencapai sasaran 19 juta pelancong ke Melaka akibat situasi pandemik Covid-19 yang masih mengganas di negara kita ini.  Sedar atau tidak, Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan pelbagai usaha sepanjang Tahun Melawat Melaka 2019, di mana Melaka telah mencatatkan peningkatan sebanyak 10.03 peratus berbanding tahun 2018.  

Peningkatan ini merupakan satu pencapaian yang tinggi kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana berdasarkan tren prestasi pada tahun-tahun sebelum ini, laporan hanya mencatatkan peningkatan sebanyak 3-5 peratus setahun,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Artikel berkaitan: Percutian ala cruise harga mampu bayar, Melaka ada keunikan baharu

Impak PKP kepada pelancongan

Menurut beliau lagi, Melaka merupakan sebuah negeri pelancongan di mana pada tahun 2019, Melaka telah menerima seramai 18.7 juta orang pelancong dan daripada jumlah tersebut, 30 peratus merupakan pelancong asing manakala 70 peratus adalah pelancong domestik.

Jelas Sulaiman, menyedari impak daripada pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020, Kerajaan Melaka telah mengikuti saranan UNWTO yang menyasarkan industri pelancongan dunia akan berkembang pada tahap 30 peratus daripada pencapaian tahun 2019 (18.7 juta) dengan menetapkan sasaran pelancong pada tahun ini seramai 5.6 juta orang.

Artikel berkaitan: Dinosaur World terbesar di Asia Tenggara kini di Melaka

Negeri Melaka mempunyai 13 Sub-Sektor Pelancongan seperti:-

  • Pelancongan Sejarah
  • Pelancongan Budaya
  • Pelancongan Rekreasi
  • Pelancongan Sukan
  • Pelancongan Membeli-Belah
  • Pelancongan Konvensyen
  • Pelancongan Kesihatan
  • Pelancongan Makan-Makan
  • Pelancongan Pendidikan
  • Pelancongan Agro
  • Pelancongan Melaka Rumah Keduaku
  • Pelancongan Belia
  • Pelancongan Eko

Kata beliau, sehingga Jun 2020, Melaka telah berjaya menarik seramai 3,012,438 orang pelancong.

Melaka juga telah menerima beberapa pengiktirafan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa seperti berikut:-

  • Casa del Rio– menerima pengiktirafan daripada TripAdvisor sebagai Travellers’ Choice Winner 2020; dan
  • Hotel MITC Melaka– menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) & Islamic Tourism Centre (ITC) sebagai satu-satunya hotel di Negeri Melaka yang dikenali sebagai Muslim Friendly Hospitality Services;

'Melakan Visit Melaka' tawarkan pakej menarik... berbaloi warga kota bersejarah

Jelas Sulaiman, pandemik Covid-19 ini telah memberi impak yang besar kepada industri pelancongan di Melaka.

“Kita boleh lihat sahaja, dari segi jumlah pergerakan kenderaan yang masuk ke Melaka, di samping kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan pelancong itu sendiri, seumpamanya di Bandar Melaka amat berkurangan dengan begitu mendadak.

“Sebelum ini, saya dengar segelintir rakyat Melaka tidak dapat keluar berjalan bersama keluarga dan sahabat handai pada hujung minggu akibat jalan yang sangat sesak di Bandar Melaka, namun situasi telah kembali berbeza seumpama waktu PKP sebelum ini.

“Berikutan itu, Kerajaan Negeri Melaka mengambil langkah-langkah yang lebih efisien untuk mengaktifkan semula sektor pelancongan demi memacu ekonomi dalam sektor ini dengan melancarkan kempen promosi ‘MELAKAN VISIT MELAKA PACKAGES 2020’ sebagai usaha untuk menggalakkan orang Melaka melancong di dalam Melaka,” katanya.

Artikel berkaitan: 7 aktiviti luar paling best di Melaka, wajib singgah!

Ujar beliau lagi, pihaknya yakin melalui kempen promosi ‘MELAKAN VISIT MELAKA PACKAGES 2020’ yang disediakan khas untuk orang Melaka ini akan dapat memberikan peluang kepada orang Melaka sendiri menikmati tempat-tempat tarikan pelancongan dengan kadar diskaun sebanyak 50 peratus berbanding harga biasa yang ditawarkan.

Iklan

“Kempen Promosi ‘MELAKAN VISIT MELAKA PACKAGES 2020’ ini layak dinikmati oleh pemegang kad pengenalan 04 / 30 atau yang beralamat di Melaka dan kempen ini telah bermula pada 1 November 2020 hingga 31 Disember 2020.

“Terdapat 18 pengusaha produk-produk pelancongan yang turut serta dalam kempen promosi ini seperti:-

'Melakan Visit Melaka' tawarkan pakej menarik... berbaloi warga kota bersejarah

2D1N@Melaka Packages tarik pelancong domestik

'Melakan Visit Melaka' tawarkan pakej menarik... berbaloi warga kota bersejarah

Iklan

Sulaiman berkata, Kerajaan Negeri Melaka juga telah melancarkan Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam pada 28 November lalu.

Menurut beliau, terdapat 57 premis penginapan pelancong yang menyertai pakej ini yang terdiri daripada pelbagai jenis hotel, chalet, resort dan inap desa yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus serta pakej penginapan ini sah sehingga 28 Februari 2021, terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kepada peminat sukan golf, kita juga menawarkan Pakej Golf di empat pusat golf terkemuka di Melaka yang bermula pada harga RM98.00.

“Banyak tawaran yang telah kita sediakan dan kesemua maklumat pakej-pakej ini telah dimasukkan di dalam brosur yang disediakan oleh pihak Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka,” katanya.

Artikel berkaitan: 5 ‘port’ jalan-jalan lokasi outdoor di Melaka

Sulaiman juga melahirkan harapan besar untuk melihat sektor pelancongan Negeri Melaka ini kembali gah menggamit dunia walaupun kita menghadapi cabaran besar akibat pandemik Covid-19 yang telah menyekat pelancong  domestik yang berada di kawasan zon merah untuk berkunjung ke Melaka.

“Saya juga berharap kempen promosi ‘MELAKAN VISIT MELAKA PACKAGES 2020′ ini mendapat sambutan yang baik kepada rakyat Melaka dan sedikit sebanyak memberi inisiatif kepada rakyat untuk meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai di negeri ini,” ujar beliau.