TAK tahu nak ke mana-mana untuk mengisi masa hujung minggu ni? Apa kata berjalan-jalan di lokasi outdoor menarik sekitar Melaka Bandar Bersejarah ini.

1. Melaka River Cruise

Masa beroperasi Melaka River Cruise ialah dari jam 9 pagi hingga 11.30 malam setiap hari, termasuk cuti sekolah dan cuti umum.

Harga tiket Melaka River Cruise (bot biasa):-

Bagi pelancong asing, dewasa RM30 dan kanak-kanak RM25.
Bagi pelancong tempatan, dewasa RM25 dan kanak-kanak RM15.

Apa yang menarik?
Melaka River Cruise (bot biasa)
Melaka River Cruise (bot VIP beraircond)
Wedding On Boat
Dine On Boat
Party On Boat
Water Taxi
Melaka River Theme Park

2. Bayou Lagoon Park Resort

Resort menarik di Melaka untuk percutian keluarga dan keperluan perniagaan!

Terletak hanya 15 minit dari bandar Melaka yang bersejarah, Bayou Lagoon Park Resort menawarkan lokasi merangkumi taman air eksklusif, hotel, pusat konvensyen, pangsapuri servis, rumah kelab dan pusat runcit. Pangsapuri perkhidmatan gaya resort yang unik juga ada sebagai destinasi yang sempurna untuk seisi keluarga, pasangan dan untuk keperluan perniagaan korang.

Anugerah
Destinasi Percutian Keluarga Terbaik 2019 oleh Asia Pacific Tourism & Travel Award 2019 (APTTF

Apa yang ada?
Taman Air Bayou Lagoon
Taman Hiburan
Padang Sukaneka
Muzium 3D Seni Sihir
Pusat Konvensyen Bayou

3. Skytrex Adventure Melaka

 

Iklan

4. Flyboard Melaka

Flyboard adalah sukan ekstrem terbaru! Ia adalah permainan aksesori yang melekat pada PWC (Personal Watercraft) yang memberikan penggerak Flyboard melalui udara dan air.

5. Hidden gem Klebang Sand Dunes

Mendaki dan berseronok di hidden gem Klebang Sand Dunes. Rasa nak tengok padang pasir buatan manusia di Malaysia, sand dunes yang terletak di Pantai Klebang ialah jawapannya!

Iklan

Pantai Klebang yang merupakan destinasi utama untuk aktiviti bermain layang-layang dan berpiknik ini semakin hari semakin popular kerana tarikan hidden gem ini!

Disebabkan projek penambakan tanah yang tergendala pada suatu ketika dahulu, kini longgokan dan gunungan pasir putih ini menjadi pilihan pelancong, lebih-lebih lagi ketika cuaca cerah dan waktu senja. Memang sesuai untuk yang gemar akan fotografi landskap dan juga yang mahu meluncur pasir!

Kredit: Tourism Melaka, byloka.com