MELEWATKAN solat sehingga akhirnya didatangi haid, perkara tersebut mungkin pernah terjadi kepada ramai wanita.

Solat adalah ibadat tempat tertinggi. Tidak hairanlah ia berada di tempat kedua rukun Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Umum mengetahui perbuatan melewatkan solat adalah salah satu perkara yang perlu dielakkan. Namun adakalanya tiada niat untuk menunda solat namun tugasan kesibukan menyebabkan wanita tidak dapat solat di awal waktu.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai penjelasan mengenai wanita yang melengahkan solat dan kemudian didatangi haid.

Baca juga: Cuti haid jadi perhatian di Dewan Rakyat, Jepun, Korea Selatan, Indonesia sudah kuatkuasakannya

Tilik al-Quran

Berikut perkongsiannya:

SOALAN:

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah hukum jika saya solat Zuhur  lewat. Tetapi belum sempat menunaikan solat tiba-tiba saya kdidatangi haid. Adakah saya berdosa dan perlukah saya mengqada solat tersebut?

JAWAPAN:

Jika seseorang wanita itu memiliki masa yang cukup untuk menunaikan solat lalu tiba-tibadidatangi haid, maka beliau wajib mengqada solat tersebut apabila suci daripada haid.

Namun jika tempoh tersebut tidak memungkinkan beliau untuk menunaikan solat maka beliau tidak wajib untuk mengqada solat tersebut.

Melewatkan solat sehingga kedatangan haid tidaklah berdosa selagi seseorang wanita itu berazam ketika masuknya waktu untuk menunaikan solat sebelum habis waktu solat.

Baca juga: Jika tengah solat pada hujung waktu dan dengar azan, jangan berhenti, teruskan sembahyang

Haid normal 7 hari, ini 9 punca jika pendarahan lebih 15 hari

Menunaikan solat pada awal waktu merupakan antara sebaik-baik amalan. Bagaimanapun melewatkan solat selagi tidak luput waktu solat tidaklah berdosa. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:

أفضل الأعمال الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ

Maksudnya : “Sebaik-baik amalan ialah solat pada waktunya dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”

(Riwayat Muslim)

Imam Ibn Hajar ketika menjelaskan hadis ini berkata: hadis ini menunjukkan bahawa melakukan solat di awal waktu adalah lebih afdal berbanding melakukannya di akhir waktu.

SOLAT AWAL WAKTU

Bagaimanapun, melaksanakan solat di awal waktu bukanlah suatu yang wajib. Harus untuk melewatkan solat dengan syarat seseorang itu berazam untuk melaksanakannya sebelum habis waktu.

Iklan

Namun jika masuk waktu solat dan seseorang itu tidak melaksanakan solat serta tidak pula berazam untuk menunaikannya sebelum berakhir waktu, maka dia berdosa.

Jika seseorang itu telah berazam untuk menunaikan solat sebelum habis waktu namun dia terhalang untuk melaksanakannya, maka beliau tidak berdosa kerana tidak dianggap meninggalkan solat dengan sengaja.

Bagi kes wanita yang berada dalam keadaan suci ketika masuk waktu sembahyang namun kemudian didatangi haid maka terdapat perincian, jika tempoh antara masuknya waktu dan kedatangan haid tersebut memungkinkan untuk beliau melakukan solat, maka beliau wajib mengqada semula solat tersebut setelah dia suci.

Baca juga: Al-Waqiah, Yasin ikhtiar, makanan rohani setiap hari, gadis dedah rahsia keputusan terbaik STPM kebangsaan

Haid

Namun jika tempohnya tidak memungkinkan mereka untuk menunaikan solat maka dia tidak perlu mengqada solat tersebut. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi:

إِذَا أَدْرَكَتْ مِنْ أَوَّلِ الْوَقْتِ قَدْرَ الْإِمْكَانِ ثُمَّ حَاضَتْ أَنَّهُ يَلْزَمُهَا الْقَضَاءُ،

Iklan

Maksudnya: “Jika seorang wanita mendapati ketika awal waktu tempoh yang memungkinkan dia (untuk melaksanakan solat) kemudian dia kedatangan haid maka dia wajib menqada solat tersebut.”

Kesimpulannya, jika seseorang wanita itu memiliki masa yang cukup untuk dia menunaikan solat lalu tiba-tiba didatangi haid maka wajib mengqada solat tersebut apabila dia suci dari haid. Namun jika tempoh tersebut tidak memungkinkan dia untuk menunaikan solat maka dia tidak wajib untuk mengqada solat tersebut.

Melewatkan solat sehingga kedatangan haid tidaklah berdosa selagi seseorang wanita itu  berazam ketika masuk waktu untuk menunaikan solat sebelum berakhir waktu solat.

Baca juga: Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia ketika solat di masjid

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan