DI mana sahaja kita berada, kepekaan dengan suasana sekeliling dan sikap berhati-hati boleh menyelamatkan diri daripada bahaya.

Jangan mudah terpedaya dengan apa yang dilihat kerana ia mungkin perangkap licik dipasang penjenayah yang menunggu mangsa.

Pelbagai taktik dilakukan oleh penjenayah untuk memerangkap mangsa termasuk dengan melakukan aksi berbaring di jalan raya.

Perkongsian video oleh pengguna TikTok @sfwn_srf tanpa disangka-sangka membuka mata warganet kepada modus operandi kegiatan jenayah samun.

Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 pagi itu menyaksikan sebuah kenderaan dilihat berhenti di bahu jalan. Dalam masa yang sama, seorang wanita dilihat terbaring sambil meronta-ronta di bahagian tepi kenderaan terbabit.

Terdahulu beberapa saat sebelum itu, terdapat kelibat individu lain dipercayai cuba menyembunyikan diri.

Baca juga: 19 tahun diburu polis penjenayah akhirnya ditahan, pistol dan peluru dirampas, berikut kronologi kejadian

Perkongsian video berkenaan menerima pelbagai respons daripada warga maya.

Rata-rata berkongsi pengalaman pernah melalui kejadian sedemikian dan menasihatkan agar jangan berhenti sekiranya ia terjadi di lokasi yang sunyi atau jauh dari orang ramai.

-“Nampak ada lelaki berbaju putih lari dari depan pergi ke belakang kereta. Ini stail samun orang.”

-“Trik penyamun, jangan berhenti. Kawan saya pernah kena, hati-hati.”

-“Ini taktik samun, jadi tolong jangan berhenti untuk tolong.”

-“Sumpah aku pernah kena, ‘sebijik’ macam ni.”

-“Kalau tempat orang ramai wajar berhenti tolong. Tapi kalau tempat sunyi biar polis sahaja yang tolong, sebab membahayakan kita.”

-“Saya pun pernah lalui, ada motosikal kemalangan. Tapi pelik, lepas patah balik saya lihat mangsa sudah boleh bangun.”

Iklan

-“Kes macam ini jangan berhenti. Kalau nak tolong beritahu lokasi kepada polis. Kawan saya biasa kena pagi-pagi nak pergi kerja. Tengok orang terbaring. Dia tolong tapi akhirnya disamun.”

-“Kita tak tahu apa yang berlaku, lebih baik dapatkan bantuan polis. Takut juga jika ada orang betul-betul dalam kesusahan.”

@sfwn_srf 😰 #viral2022 #foryou #viral ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Bagi yang sering memandu berseorangan pastikan sentisa peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelak daripada menjadi mangsa sasaran penjenayah. Hati-hati dengan taktik licik penjenayah.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan taktik digunakan oleh penjenayah dengan meletakkan objek tajam seperti paku di bahagian tayar belakang kenderaan supaya ianya pancit sebelum melakukan samun terhadap mangsa.

Iklan

Apa pun, sekiranya curiga, segera tampil membuat laporan untuk membolehkan pihak polis menjalankan pemantauan dan siasatan.

Diharapkan perkongsian ini menimbulkan kesedaran berkaitan taktik jenayah. Semoga kita semua tidak leka dan mudah terpedaya. Hati-hati semua!

Baca juga: Semak status perkahwinan, rekod jenayah bakal pasangan hidup. Ini caranya

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @sfwn_srf, PDRM