Mengiau tak henti bukan hanya minta makan, ini 5 benda si bulus mahukan
Mengiau tak henti bukan hanya minta makan, ini 5 benda si bulus mahukan
KUCING antara haiwan peliharaan yang paling disenangi oleh pencinta haiwan di seluruh dunia.
Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.
Buat mereka yang memelihara kucing di rumah, pasti pernah berhadapan dengan situasi bila mana kucing anda mengiau tanpa henti, hingga mengganggu suasana di rumah.
Nak kata lapar, baru sahaja diberikan makanan. Nak kata pasir penuh dengan najis, baru sahaja dibersihkan.
Apa sebabnya ia mengiau tanpa henti ni ya? Mesti ada benda yang nak diberitahu.
Memetik perkongsian daripada laman Verst, kucing mengiau bukan sahaja bermaksud ingin makan.
Baca juga Nampak kelakar rupanya bahaya, kucing terjelir nak muntah dengar bunyi sikat boleh sawan!
Namun boleh jadi juga perkara-perkara berikut yang cuba disampaikan;
1. Mahu bersiar-siar
Boleh jadi mereka sudah terkurung lama dalam rumah dan inginkan sedikit kebebasan dan sekali-sekala teringin bersiar-siar melihat dunia luar. Bawalah mereka keluar meskipun di halaman rumah.
2. Rasa terancam dengan persekitaran
Kucing akan mengiau tanpa henti bagi memberitahu pemiliknya bahawa mereka berasa terancam dengan persekitaran yang tidak selamat seperti ada persaingan daripada kucing luar, kawasan yang terlampau terbuka dan juga kotor. Senang kata, kucing anda tidak selesa.
3. Mahu ganjaran snek
Selain kibbles dan wet food, kucing juga mahukan ganjaran makan snek sekali-sekala yang mana membuatkan mereka ternanti-nanti. Jadi tidak hairanlah mereka merengek seperti bayi bila menantikan snek tu!
Baca juga Luar biasa, pasangan doktor veterinar rai hari bahagia bersama 1,300 ekor kucing
4. Nak ajak main
Kucing sememangnya haiwan yang sangat aktif pada masa-masa tertentu. Jika dilepaskan keluar rumah, sudah pasti ia dapat bermain dengan persekitaran.
Namun jika dikurung dalam rumah, pemilik perlu menyediakan atau bermain dengan mereka menggunakan permainan atau lain-lain.
5. Mahu bermanja
Ya, dengan mengiau tanpa henti tandanya ia sedang memanggil anda untuk mengusap, menyikat atau meluangkan masa bersama-sama.
Apa salahnya luangkan sedikit masa membelai si manja anda itu sebelum anda sambung melakukan kerja-kerja lain.
Namun, jika anda mendapati si bulus itu tetap mengiau tanpa henti setelah membuat perkara di atas, sebaik-baiknya bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
Ia mungkin disebabkan sakit, stres atau terlalu lapar dan haus yang membuatkan perutnya sakit.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang