Menyayat hati, kanak-kanak ajal dalam mesin basuh cedera akibat objek tumpul di kepala, 10 fakta kejadian

A
A
A

MESIN basuh menjadi lokasi seorang kanak-kanak ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan maut.

Tragedi yang berlaku di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Ipoh, Perak itu benar-benar mengejutkan kerana ketika kejadian ahli keluarga lain ada di rumah.

Berikut 10 info berkaitan berdasarkan kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

1-Pada 16 Oktober 2023, lebih kurang 11.44 pagi pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak mengenai satu kes kematian seorang kanak-kanak lelaki.

2-Kes berkenaan dibawa masuk dari sebuah rumah terletak di Kampung Sungai Tapah, Ipoh, Perak. Siasatan awal mendapati tempat kejadian adalah di sebuah rumah lot di Kampung Sungai Tambahan, Ipoh, Perak.

3- Portal berita tempatan melaporkan mangsa merupakan kanak-kanak autisme, berbangsa Melayu dan berumur enam tahun.

Baca juga: 5 kejadian kanak-kanak memandu pernah tular, usia 5 tahun paling muda ditemui!

Kredit foto: Pexels

4-Semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut.

5-Pada 16 Oktober 2023, lebih kurang 9.30 pagi, mangsa telah dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedar diri di dalam mesin basuh pakaian.

6-Mangsa kemudian telah dihantar ke hospital oleh ambulans dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam lebih kurang 11.02 pagi.

7-Bedah siasat telah dijalankan oleh jabatan forensik, HRPB pada 16 Oktober 2023.

8- Punca kematian mangsa didapati berpunca daripada kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul (blunt trauma of the head).

9-Sehubungan dengan itu. Kes ini disiasat di bawah seksyen 31(1)(A), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

10-Pihak polis ingin menasihatkan dan memberi peringatan orang awam khususnya ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan untuk mengelakkan berlakunya sebarang tragedi yang tidak diingini.

Takziah buat keluarga mangsa. Semoga tabah menerima kehilangan ini.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Menurut portal Injury Prevention, masin basuh tidak kurang bahaya dan boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan kepada si kecil.

Kes kecederaan disebabkan oleh mesin basuh paling banyak berlaku pada kanak-kanak berusia dua tahun manakala mesin basuh jenis automatik paling berisiko!

Kecederaan yang paling biasa yang dikaitkan dengan mesin basuh automatik adalah seperti berikut:

a) Terjatuh atau melompat dari mesin basuh (38.5 peratus)

b) Memukul mesin basuh (33.3 peratus)

c) Memasukkan bahagian badan ke dalam mesin yang sedang berjalan (12.8 peratus)

d) Apabila bahagian badan diletakkan di dalam mesin yang sedang berjalan, (51.9 peratus) kanak-kanak mengalami patah tulang.

e) Keretakan bahagian bawah lengan adalah kecederaan yang paling banyak berlaku (40.7 peratus)

f) Manakala kecederaan yang kedua paling banyak berlaku melibatkan mesin basuh ialah bahagian bawah kaki (18.5 peratus).

Baca juga:Rupanya panjat kerusi ambil kunci, ibu bapa cerita kejadian kanak-kanak 6 tahun pandu kereta

Baca juga: Kantoi potong rantai leher kanak-kanak, wanita ada 6 rekod jenayah lampau, berikut kronologinya

Sumber: Polis Ipoh

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca