USTAZ Azhar Idrus penceramah bebas yang ternama di Malaysia. Terkenal dengan gaya  ceramah yang bersahaja, penyampaian ilmu diselitkan dengan jawapan lucu dan pekat dengan slanga Terengganu. Dalam perkembangan terbaru, video Ustaz Azhar baharu sahaja menyambut kelahiran anak ke-12 tular di laman sosial TikTok.

Baca juga: Jangan basuh anggota wuduk lebih 3 kali, Ustaz Azhar Idrus beri penjelasan

Baca juga: Pasang ayat al-Quran di TV dan radio, tapi fikiran entah ke mana-mana. Baca penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Pengguna TikTok @ayu6461 berkongsi video Ustaz Azhar pertama kali menemui bayi lelaki itu daripada isteri keduanya, Izyan.

“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan Puan Izyan atas kelahiran anak.

“Semoga ALLAH memberkati anak ini untukmu dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa,” titip laman Facebook SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu.

Baca juga: “Tak setuju saiz, jangan makan, peniaga pula jangan perangkap”- Isu siakap kayangan ini ulasan UAI

Baca juga: Ketahui pantang larang cium dan usap anak, ada bahagian yang tidak sesuai. Ini penjelasannnya

Warga maya mengucapkan tahniah buat pendakwah berusia 58 tahun kelahiran Kuala Terengganu itu dan mendoakan kesejahteraan si kecil.

-“Dalam sibuk mengajar kuliah dapat baby pula. Kemah keming ustaz.”

-“Alhamdulillah rezeki terindah kurniaan ALLAH. Semoga iman ini dapat diwarisi. Ustaz favourite kami sekeluarga.”

-“Tahniah ustaz, rezeki tu. Mesti comel.”

-“Sudah 12 orang anak ustaz. ALLAH memberi zuriat meramaikan umat Rasulullah.”

-“Ingatkan UAI hendak tahnikkan bayi orang lain,rupanya jumpa anak sendiri.”

-“Tahniah Ustaz Azhar Idrus dan isteri atas kelahiran baby baru.”

Baca juga: Ibu cerita pengalaman bersalin bayi 5.6 kilogram, terlalu besar, perlu disambut 2 orang

Baca juga: Hukum mencium al-Quran, ramai yang masih keliru tentang perkara ini. Jom hadamkan penjelasan pendakwah ini

Sumber: Facebook SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu, TikTok @ayu6461

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi