MET Malaysia nafi info cuaca ‘kepala ribut’ yang tular di media sosial

A
A
A

MUNGKIN ramai yang menerima perkongsian berkaitan “kepala ribut” yang kononnya dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

MET Malaysia menerusi satu hantaran di akaun rasmi Twitter menafikan maklumat cuaca tersebut.

Baca juga: Sri Muda 'Trending' Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Pihaknya turut menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu serta tidak sahih itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan, pastikan ia dari sumber yang sahih.

Maklumat berkenaan ramalan mahupun amaran cuaca melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan juga aplikasi myCuaca.

Terdahulu, tular di media sosial maklumat palsu berkaitan ribut besar yang dikatakan lebih besar daripada yang dihadapi sebelum ini.

Menurut MET Malaysia, Taufan Rai sedang bergerak menuju ke arah Timur Laut Da Nang, Vietnam dengan kelajuan 20 kilometer sejam dan menjauhi rantau negara.

Nasihat Taufan terkini dikeluarkan oleh MET Malysia pada 2.45 petang dan dikemaskini setiap tiga jam

Baca juga: Selesai Cuci Rumah Boleh Masuk Kerja, Mangsa Banjir Dapat Cuti Kecemasan, Bantuan RM1,000 

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: M/photo/1">ET Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca