UMUM maklum Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mula diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022.

Pengumuman bantuan BKM tersebut dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

BKM itu juga bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima terutamanya kepada isi rumah dengan pendapatan kurang RM5,000, ibu atau bapa tunggal, warga emas, warga emas bujang dan golongan bujang.

Berita baik untuk semua! Permohonan baru atau kemaskini bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi tahun 2022 boleh dibuat mulai  1 Januari sehingga 31 Januari 2022.

Pendaftaran baru atau kemaskini ini bertujuan untuk memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pengkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

Tetapi jangan risau, data yang disenaraikan dibawah ini akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan. Antaranya:

  • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
  • Penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) B40 2021.
  • Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin.

BKM

Data agensi kerajaan seperti daripada data;

  1. e-Kasih
  2. Penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT
  3. Bantuan JKM
  4. Orang Asli JAKOA
  5. Ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM
  6. Gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL
  7. Penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO
  8. Penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang

Jika korang pernah menerima salah satu bantuan yang disenaraikan, data diri sudah ada, tapi korang masih lagi boleh buat semakan dan kemaskini kini maklumat terbaru.

Iklan

Baca juga Bajet 2022: 7 Info Bantuan Keluarga Malaysia, Yang Layak Bakal Terima RM2,000

Cara buat permohonan baru BKM 2022

Iklan
  • Pemohon boleh buat permohonan baru dan kemas kini bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 secara online dan secara manual.
  • Secara online boleh layari portal BKM iaitu https://bkm.hasil.gov.my
  • Dan secara manual boleh dibuat mulai 3 Januari 2022 dengan menghadirkan diri ke cawangan LHDNM, Pejabat Satelit LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM atau UTC LHDNM.
  • Untuk sebarang persoalan, boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan di portal rasmi BKM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Jadi, jangan tunggu lagi, korang boleh kemaskini sekarang.

Semoga bermanfaat!