WAH! Berita baik buat warga Kedah. Korang kini berpeluang memohon Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Skim bantuan itu khusus buat rakyat di negeri berkenaan yang mempunyai gaji atau elaun tetap bulanan antara RM1,200 hingga RM1,500.

Menariknya, skim bantuan rumah bernilai RM45,000 itu hanya mengenakan bayaran RM280 sebulan.

Alhamdulillah! Ini betul-betul dapat membantu mereka yang berpendapatan seperti dinyatakan untuk memiliki rumah impian.

Skim bantuan berkenaan juga merupakan kerjasama strategik bersama Bank Islam Malaysia Berhad membiayai perumahan asnaf melalui Pembiayaan Peribadi – i (Asnaf Zakat).

dekorasi rumah

Berikut syarat kelayakan memohon Skim Bantuan Rumah LZNK;

1. Individu beragama Islam.

2. Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di negeri Kedah (sekurang-kurangnya dua tahun).

3. Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji atau elaun tetap tidak kurang daripada RM1,200 dan tidak melebihi RM1,500 sebulan serta mempunyai slip gaji. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.

4. Berumur 25 tahun hingga 40 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin.

5. Bukan penghutang penghakiman atau muflis.

6. Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah.

7. Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi sungai, tanah jerlus, atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni rumah.

8. Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB.

Antara dokumen diperlukan:

*Borang permohonan mestilah diisi menggunakan HURUF BESAR.

*Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama borang permohonan.

1. Salinan kad pengenalan pemohon (depan & belakang).

2. Salinan kad pengenalan / surat lahir bagi semua tanggungan / surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.

3. Salinan sijil perkahwinan, surat cerai / sijil cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).

4. Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan).

5. Bil elektrik, air, telefon dan lain-lain bil (jika berkenaan).

6. Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah.

Mohon segera! Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNK hanya RM280 sebulan

7. Salinan geran tanah.

Iklan

8. Salinan geran tanah atas nama pemohon diutamakan.

9. Surat perjanjian akuan bersumpah (jika tanah milik orang lain/nyatakan hubungan pemilik tanah dengan pemohon)

10. Akuan pemohon/ pihak kedua/ waris dan saksi-saksi (ditandatangani di setiap helaian bawah surat perjanjian dan ruangan akuan surat tersebut).

Baca juga Tolong…kereta, rumah, bilik berbau tengik. Jangan risau penyelesaiannya hanya di hujung jari

11. Surat kebenaran perjanjian menduduki tanah boleh dipohon di pejabat zakat yang berdekatan.

Iklan

12. Gambar rumah pemohon

13. Gambar keadaan rumah semasa (4x penjeuru, dalam, belakang, tepi, depan).

14. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon sahaja akan dipertimbangkan.

Tarikh permohonan: 3 Mei – 3 Julai 2021

Dapatkan borang permohonan dengan muat turun di laman web rasmi LZNK: www.zakatkedah.com.my