MSG lebih baik berbanding garam, ini fakta menarik yang perlu kita tahu

A
A
A

BARU-BARU ini, tular satu bebenang di Twitter yang mengatakan Monosodium Glutamate (MSG) adalah lebih baik berbanding garam.

Adakah kenyataan itu benar?

Kongsi salah seorang pegawai pemakanan di Facebooknya, Sya Syahirah, terdapat beberapa fakta yang perlu didedahkan kepada orang ramai mengenai MSG dan garam.

Antaranya:

i) MSG mempunyai jumlah garamnya lebih rendah berbanding sodium (garam) biasa. Jika diteliti, hanya 12 peratus garam dan selebihnya (78 peratus) adalah glutamate.

“Jadi, apabila anda sudah memasukkan MSG ke dalam masakan, tidak perlu lagi menambah garam ke dalamnya. Ini kerana MSG sudah mempunyai komponen garam sendiri,” terangnya.

ii) MSG adalah hasil penapian (fermatation) gula (glukos) daripada makanan semula jadi seperti jagung, tebu dan ubi kayu. Ia boleh didapati secara asli dalam makanan-makanan tersebut.

iii) Merujuk satu kajian dari Universiti Hohenheim, Germany, pengambilan MSG antara 5 hingga 12 gram sehari dan pengambilan had maksimum 16.000 miligram bagi setiap kilogram berat badan seseorang dianggap selamat.

“Jadi, jika kalian menggunakan garam biasa, sodiumnya hampir mencecah 40 peratus. Oleh sebab itu, terdapat kenyataan yang menyatakan MSG (hanya 12 peratus sahaja) lebih baik daripada garam,” ujarnya.

Pun demikian, pesannya, jangan salah faham dan guna MSG sesuka hati.

“Meskipun MSG lebih baik, ambillah pada kadar yang sedikit sahaja. Seeloknya antara satu hingga dua sudu kecil dalam sehari. Ingat, apa-apa makanan yang dimakan secara berlebihan, pasti membawa kepada kemudaratan,” ungkapnya.

Artikel berkaitan: MSG ibarat racun yang sedap dalam makanan? Ini penjelasan pakar kimia mengenainya

Sebagai kesimpulan, pemakanan adalah asas kepada tahap kesihatan seseorang jadi tentukanlah ia sebaik-baiknya.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca