PROGRAM ePemula merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Program itu menyasarkan golongan belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun yang juga merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT).

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Melalui program ePemula, golongan tersebut bakal menerima RM 150 yang akan dikreditkan secara one-off ke dalam e-dompet (e-Wallet).

Berdasarkan kenyataan, rangkaian e-Wallet yang terlibat dalam program ini adalah Touch n Go eWallet, ShopeePay
Grab Pay dan BigPay.

BigPay merupakan antara aplikasi e-Wallet yang menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan antaranya baucer ekslusif, diskaun tiket AirAsia dan tawaran cashback dari pelbagai jenama seperti Watsons, Zalora dan Kinokuniya.

BigPay adalah rangkaian aplikasi mudah alih dengan kad yang menyediakan antara muka yang mudah untuk berbelanja, menghantar, menerima dan menjejak wang di mana-mana sahaja di dunia.

Ia boleh didapati secara PERCUMA. Tidak seperti e-dompet, kad BigPay diterima di seluruh dunia.

Menariknya, ia adalah tiga dalam satu di mana pengguna akan mendapat;

1. Kad prepaid mastercard, yang mana fungsinya seperti mana-mana kad mastercard biasa.

2. eWallet untuk terima dan simpan duit untuk digunakan bila masa diperlukan.

3. Aplikasi untuk buat transaksi bil, hantar duit dan menguruskan kad.

Cara Daftar Bigpay

Ikuti langkah di bawah untuk mendaftar Bigpay secara online;

  • Download aplikasi Big Pay – Challenge Banking di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  • Setelah muat turun, buka aplikasi tersebut.
  • Kemudian, tekan butang ‘Sign Up’.
  • Pilih tempat negara yang menetap.
  • Pada ruangan No Telefon, pilih kod negara untuk nombor telefon. Sekiranya warganegara Malaysia, pilih +60.
  • Tekan butang ‘Send Code’, masukkan kod yang dapat tersebut di ruangan di bawah ‘Enter your OTP’.
  • Seterusnya, dikehendaki untuk mencipta Passcode sebagai langkah keselamatan akaun dan sahkan sekali lagi passcode itu.
  • Semak terma dan syarat dengak klik ‘Terms & Conditions’. Kemudian tandakan pada kotak.
  • Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.
  • Pada laman seterusnya, sila isikan butiran peribadi.
  • Setelah lengkap semuanya, klik ‘Next’.
  • Akan keluar mesej tertera ‘Verification in progress’. Sistem sedang memproses pendaftaran, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
  • Setelah pendaftaran diluluskan, pengguna perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun ini. Boleh melakukannya secara online banking.
  • Kemudian, tunggu kad Big Pay untuk tiba ke rumah secara pos.
  • Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad. Proses pendaftaran akan selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: ePemula RM150, warga M’sia berusia 18-20 tahun, pelajar IPT layak, hanya untuk transaksi ‘offline’

Mudah guna BigPay, tebus kredit ePemula RM150 pun boleh

Cara aktifkan kad Bigpay

Iklan

1. Setelah selesai semua proses, perlu tunggu kad BigPay untuk dipos ke rumah dalam masa kira-kira 5 – 7 hari bekerja.

2. Bila kad Big Pay sudah sampai, buka aplikasi BigPay.

3. Masukkan nombor CVV yang tertera di belakang kad Big Pay.

4. Kad BigPay AKTIF dan boleh digunakan

Cara tebus ePemula melalui BigPay;

Iklan
  1. Pastikan sudah download dan install aplikasi BigPay
  2. Buka aplikasi BigPay
  3. Akan terlihat paparan Level up with BigPay
  4. Tekan butang Claim my RM150
  5. Sila tandakan kotak setuju dengan Terms & Conditions
  6. Tekan butang Apply Now
  7. Tekan butang Get BigPay now
  8. Isikan maklumat seperti dipinta dalam Permohonan ePemula
  9. Tekan butang Hantar
  10. Sila tunggu notifikasi daripada pihak Big Pay untuk status penghantaran dan kemasukan kredit.

Nota : Pembayaran sebanyak RM 150 mungkin akan mengambil masa beberapa hari sebelum dikreditkan ke akaun.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI