'Munaa Bella kongsi gelagat wanita ini cari sisa makanan di tempat sampah bikin sebak. 'Teresak-esak kakak tu menangis'

A
A
A

'Munaa Bella kongsi gelagat wanita ini cari sisa makanan di tempat sampah bikin sebak. 'Teresak-esak kakak tu menangis'

HIDUP pada zaman sekarang memang 'keras'. Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu ditambah dengan pelbagai cabaran seperti kehilangan pekerjaan dan sebagainya membuatkan ramai yang menerima tempias.

Baru-baru ini, media sosial milik radio Erafm memaparkan satu video yang cukup meruntun jiwa.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan penyampai radio bernama Muna Bella dilihat menghampiri seorang wanita yang sedang berada berdekatan tong sampah.

Baca ni “Kena ada back up plan.” Munaa Bella mahu kembangkan bakat dalam bidang lakonan

munaa bella

Selepas didekati, rupa-rupanya wanita itu sedang mencari sisa makanan untuk diberikan kepada anaknya yang sedang sakit.

Muna dilihat menghampiri dan berbual dengan ibu tersebut dan beliau menceritakan situasi dirinya sambil menangis.

Situasi tersebut membuatkan Muna tidak dapat menahan rasa sebak, sambil menghulurkan sedikit wang buat wanita berkenaan.

"Ibu yang mencari sisa makanan untuk anaknya yang sedang sakit ? Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anaknya.

"Semoga segala urusan ibu ibu diluar sana dalam membesarkan anak dipermudahkan ?? Selamat hari ibu buat semua ibu di dunia.

Baca juga Minat pelajari bahasa Korea buka peluang dan rezeki yang luas kepada Muna Bella

munaa

Demikian kapsyen yang dimuat naik EraFm. Perkongsian tersebut mengundang rasa sedih dihati warga maya yang menonton video itu.

Rata-rata berterima kasih kepada Muna atas keprihatinan dan tak kurang juga yang bertanyakan lokasi kejadian.

'Tq @munaabella tolong mak cik ni ya ALLAH, kesiannya mana anak dia sampai hati tinggalkan mak cik seorang diri tergamak ye.'

'Allahuakbar. Semoga ada yang jumpa akak ni semula dan bagi apa2 bantuan. Semoga akak ni kuat? Tapi saya yang tak kuat tengok akak ni.'

'Ya ALLAH, permudahkanlah urusan makcik tu.'

'Allahuakbar,Moga dipermudahkn segalanya.'

'Ya Allah...sedihnya. Bagi lah tahu di mana tu. Moga boleh orang datang bantu dia. Moga Allah hadirkan orang2 yang baik jumpa dia. Ya Allah berikan lah rezeki buat dia dan anak. Lindungilah dia berdua. Aamiin.'

'Malunya kami ya Allah, saat kami masih ada makanan unttk dimakan, masih ada orang sekeliling yang susah tak dapat makan.'

Baca lagi ‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

 

'Allahhuakbar nampak kaki anak kecik tu pun dah meruntun jiwa mak² macam aku ni?Apalah agaknya kepayahan hidup yang wanita ini lalui sekarang?. Kalau dapat bawa anaknya ke klinik pun ok jugak ni..kata tak sihat kan..tak ada tempat tinggal ke dia..anaknya lapar..maknya lagi lapar agaknya..ya Allah macam mana agaknya nasib anak beranak ni skrg ada sapa² tahu?susah hati tengok?.'

Pun demikian, ada juga yang bertanyakan sama ada perkongsian video tersebut sekadar konten yang disediakan pihak radio berkenaan.

'Nak menderma pon memang nak kena ada video ke.'

'bukak2 comment nampak top comment cakap "nak menderma pun kena ada vid ke? imagine kalau vid ni tak ada kau rasa orang tahu ke akak tu tengah struggle cari makan untuk anak dia? ambik side positive lah atleast vid ni dapat bukak mata ramai orang + ramai orang tadah tangan doakan kesejahteraan akak ni!.'

'Konten hari ibu.'

'Se eloknyeee jangan di viral... Nanti ada yang tiru untuk menipu...'

'Tak sangka dekat Malaysia ada juga yang kutip makanan dalam tong macam ni.'

Sumber: Instagram era.je

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca