TIDAK dinafikan dengan adanya media sosial kita semua menjadi semakin mudah dalam berkomunikasi. Satu dunia dapat berhubung hanya dengan menggunakan hujung jari.

Namun di sebalik kemudahan tersebut, ramai juga telah menyalahgunakannya untuk perkara tidak bermanfaat.

Seperti apa yang terjadi kepada seorang suri rumah yang bertindak memuat naik status jelik menghina Yang
di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebooknya pada Mei lalu.

Sehubungan itu, tindakan tersebut membawa padah apabila dia didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini.

Hakim M.M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Rosmawati Mohd Zain, 46, selepas ibu empat anak tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama enam bulan dan tertuduh
membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Rosmawati didakwa secara sedar dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya menghina Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui perkhidnatan Facebook dengan menggunakan nama profil ‘Rosmawati Mohd. Zain’.

Hantaran itu dibuat pada 25 Mei 2021 pukul 7.06 malam yang kemudian dibaca pada 1 Jun 2021 pukul 1.06 petang
di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta
588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Padah hina Agong, suri rumah didenda RM9,000. Hati-hati guna media sosial

Justeru itu, buat korang, gunalah rangkaian media sosial yang ada sebaiknya. Ini lima cara yang betul dan bijak;

1. Fikir dulu sebelum membuat apa-apa status

Iklan
  • Ambil tahu akan unsur negatif dan positif sebelum menulis sesuatu. Tanya pada hati dan fikir guna akal untuk
    seketika.
  • Jika dirasakan ianya tidak bermanfaat pada sesiapa dan ada unsur negatif, ada baiknya jangan diteruskan niat tersebut.

2. Jangan post gambar yang boleh timbulkan fitnah

  • Awas, jangan sesekali terlalu leka dan khusyuk untuk berkongsi apa saja. Batasi gambar yang dikongsikan
    untuk tuntutan umum itu supaya tidak timbul sebarang fitnah.
  • Aurat berpakaian juga eloklah dijaga untuk tidak menimbulkan masalah di depan hari.

3. Usah percaya sesuatu cerita secara bulat-bulat

  • Tidak mempercayai apa juga cerita yang di baca secara bulat-bulat.
  • Jika ada terbaca sebarang berita yang tidak baik adalah lebih bijak untuk elakkan diri dari mempercayainya
    100%.
Aib diri dan orang lain
HARI ini, orang menggunakan media sosial sebagai saluran untuk membuat fitnah, adu domba, serangan peribadi dan membuka aib orang lain.

4. Tidak perlu komen di status yang tidak tahu hujung pangkal

Iklan
  • Bila ada terbaca apa jua status yang dirasakan ada unsur peribadi, seeloknya kita elak dengan tidak komen
    dengan ayat yang bukan-bukan.
  • Tidakan yang betul adalah dengan membiarkan saja status begitu tanpa perlu ditinggalkan sebarang kata-kata.

Baca juga [VIDEO] Doktor dedah impak negatif  lepas hidu cuka bagi elak jangkitan Covid-19. Jangan amalkannya!

5. Jangan kongsikan (share) sesuatu yang kita sendiri tidak sahih

  • Jangan kongsikan (share) sesuatu status yang kita sendiri tidak sahih.
  • Buatnya status itu ada unsur fitnah dan kita pula ikut share, dah tak pasal kita sendiri ikut tumpang dapat
    dosa dengan kongsi perkara yang tidak sahih.

Jadi, manfaatkanlah penggunaan media sosial dengan cara yang bijak dengan mengambil kira akibatnya di masa
depan.