Padah muat naik video anggota pantau SOP masjid, polis buru pemilik rakaman

Padah muat naik video anggota pantau SOP masjid, polis buru pemilik rakaman
Padah muat naik video anggota pantau SOP masjid, polis buru pemilik rakaman
A
A
A

SEMUA maklum bahawa di Selangor hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak, dibenarkan hadir menunai solat Jumaat di masjid seluruh negeri bermula 25 Februari lalu.

Namun, sejak semalam tular sebuah video yang memaparkan anggota polis menjalankan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat di sebuah masjid di negeri tersebut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Video berdurasi 29 saat itu dimuat naik pemilik akaun Facebook dengan kapsyen "masuk masjid macam pengganas besar. Allah'."

Video tersebut ternyata mencuri perhatian warga maya dan mendapat pelbagai reaksi daripada mereka sehingga mendapat hampir 3,000 perkongsian.

Baca juga Wajib lengkap 2 dos vaksin, penggalak hadir solat Jumaat di masjid seluruh Selangor

Amalan pahala haji TUNAIKAN solat Subuh di masjid dan berjemaah di rumah ALLAH.

Justeru itu, portal tempatan melaporkan, menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, ini penjelasan sebenar berkaitan situasi demikian;

1. Semakan mendapati kejadian berlaku di sebuah masjid di Batu 14, Puchong, pada jam 1 tengah hari semalam, ketika anggota berpangkat Koperal menjalankan tugas rutin pemantauan solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

2. Anggota menerangkan berkaitan SOP terbaru bagi Selangor iaitu jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 serta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk.

Baca juga Bermula 1 Mac, ini SOP terkini kontak rapat Covid-19

3. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video berkenaan.

4. Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menyiarkan hantaran menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam melalui kemudahan rangkaian telekomunikasi.

5. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Oleh itu, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab, fikirlah dahulu sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca