BARANGSIAPA menanam pepohonan dan menjaganya dengan sabar serta merawatnya hingga berbuah, maka segala sesuatu yang menimpa buahnya menjadi sedekah di sisi Allah (HR Ahmad).

Menanam pokok adalah pahala.

Nabi SAW turut bersabda, “Bukanlah seorang Muslim yang menanam  tumbuhan dan tanaman itu dimakan oleh manusia, binatang atau burung, tetapi tanaman ini menjadi sedekah baginya hingga hari kiamat.” (HR Muslim).

Ini bermaksud, ganjaran pahala bagi menanam pokok akan diperolehi  apabila orang lain atau makhluk-makhluk lain mendapatkan manfaat  daripadanya.

Dua faedah yang diperolehinya, pertama dia dapat menikmati hasil  tanaman dan kedua pahala di akhirat.

Bahkan di dalam riwayat lain ada disebutkan ganjaran pahala ini  akan berterusan hingga hari akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan daripada tumbuh-tumbuhan dan pokok.  Lebih-lebih lagi, pokok yang menghasilkan oksigen.

Berdasarkan kajian, seorang manusia menyedut 740 kilogram oksigen  sepanjang tahun.

Selain menghasilkan oksigen, pokok rendang juga bermanfaat menahan  hakisan semasa musim hujan.

Malah ia turut dapat menahan tanah runtuh dan banjir kilat.

Baca juga Syed Saddiq dah sedia jadi Syed Saitama, jumlah kutipan hanya berbaki kurang RM20,000!

Selain itu, orang yang menanam pokok akan mendapat;

1. Orang yang mengusahakan tanah mendapat pahala dengan sebab penyertaannya dalam kegiatan memakmurkan bumi yang merupakan salah  satu tugas khalifah.

Iklan

2. Jika orang yang menanamnya tidak sempat merasai hasilnya, pahala akan terus didapati selagi pokok tersebut dapat dimanfaatkan.

3. Individu yang mempunyai tanaman yang dicuri buahnya oleh orang lain atau habis dimakan binatang akan mendapat kurnia Allah SWT dalam bentuk ganjaran pahala.

4. Dengan melibatkan diri dalam bercucuk tanam, seseorang akan lebih memerhati hakikat dan hikmat di sebalik kejadian Allah SWT. Dengan itu, imannya sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: Republika dan Darulkautsar