PENULARAN Covid-19 yang semakin mengganas!

Jika semalam negara dikejutkan dengan 3,027 kes baharu, hari ini pula mencatat jumlah kematian paling tinggi sejak penularan iaitu 16 kematian.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 2,643 kes baharu yang telah dilaporkan hari ini, 2,641 merupakan kes tempatan dan baki dua kes merupakan jangkitan luar negara.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 25,140 kes.

Hari ini, Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,086 kes. Diikuti oleh Sabah (401), Johor (298) dan Kuala Lumpur (282).

Terdapat pertambahan 16 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 537 kes.

  • 9 Selangor
  • 4 Sabah
  • 3 Johor

Sehingga kini, terdapat 170 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada hari ini, 2,708 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 105,431 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Paling tinggi! 16 kematian akibat Covid-19, perutusan PM Isnin ini

Iklan

Sementara itu, satu pengumuman akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin ini bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan.

Baca juga Proton Wira dan Yamaha LC mendahului carta kes kecurian paling banyak 2020

Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media petang tadi.

Iklan

Bersama kita teruskan amalkan SOP yang telah ditetapkan.

#PutuskanRantaianJangkitan